web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penyokong Laung Boo Dibayar KJ - Jamal Yunos

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2023 6:25PM

Jamal berkata pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan kumpulan tersebut. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyokong yang melaungkan sorakan ‘boo’ ketika usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan didakwa dibayar oleh Khairy Jamaluddin untuk berbuat demikian.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan kumpulan tersebut dan mengakui mereka telah menerima bayaran sebanyak RM300 daripada Khairy.

Menurut beliau, perbuatan jelik itu sudah pasti tidak akan berlaku sekiranya tiada perwakilan dibayar dengan jumlah yang lumayan.

“Saya sudah berjumpa dengan mereka yang ‘boo’ dan mereka mengakui, ‘nak buat macam mana kami dibayar’. Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022) dilihat tidak cantik kerana ada perbuatan seperti ini.

“Kita kenal siapa di dalam (video), malah kita ada bukti menerusi video yang telah dirakam oleh UMNO dan saya ingatkan mereka dibayar RM50, rupanya RM300,” katanya.

Sehubungan itu, Jamal berkata, pihaknya akan melaporkan perbuatan menyogok perwakilan kepada polis agar tindakan tegas dapat diambil oleh pihak berkuasa.

“Saya sendiri mungkin akan buat laporan polis berkenaan perkara tersebut dan akan juga menyatakan perkara ini kepada Lembaga Disiplin UMNO,” katanya.

Semalam, sesi perbahasan Ucapan Dasar Presiden UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur kecoh sebentar apabila ada dalam kalangan perwakilan tidak puas hati dengan usul tambahan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti Mei ini.

Keadaan berubah gamat sebaik sahaja pembahas dari UMNO Bahagian Rembau, Mohd Shukri Samsudin mengemukakan usul berkenaan.

Dalam pada itu, menjawab dakwaan Khairy bahawa wujud gerakan ‘Langkah Dewan Merdeka’ untuk meluluskan usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan, Jamal berkata, kenyataan itu berniat jahat dan mempunyai niat tersembunyi untuk memburukkan UMNO.

Menurut beliau, terdapat keperluan untuk Khairy digantung sebagai ahli berikutan dakwaannya yang memalukan parti dan telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli UMNO.

“Tidak benar ada perwakilan diimport kerana kami Ketua Bahagian UMNO kenal setiap perwakilan yang hadir. Ketiadaan tag seperti didakwa Khairy juga dilihat dilakukan oleh kumpulannya sendiri.

“Sebelum dakwaan itu dibuat, kami langsung tidak perasan kerana sudah tahu, macam saya Sungai Besar di mana kedudukannya sebelum masuk ke dewan.

“Dakwaan Khairy meyakinkan saya mungkin dalam waktu rehat tengahari tadi, (tag itu dicabut) dilakukan oleh konconya semalam sebab perbuatan boo perwakilan juga dilakukan oleh orang upahan miliknya,” katanya.

Terdahulu, Khairy mendakwa tag yang ditampal pada kerusi dikhaskan untuk perwakilan bahagian di Dewan Merdeka sudah ditanggalkan sebagai usaha membawa masuk perwakilan import untuk meluluskan usul tersebut.

Pada masa sama, beliau berkata, usul tambahan itu agak pelik apabila ia dikemukakan wakil dari Rembau yang mana Ketua Bahagiannya adalah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Susulan itu, beliau merayu kepada perwakilan di dalam Dewan Merdeka agar tidak membiarkan usul tersebut diluluskan, sebaliknya memberi kebebasan kepada mereka untuk memilih pucuk pimpinan parti. - Getaran, 14 Januari 2023.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

3

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 48 minit yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 17 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 21 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad