web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


ADUN Sabah Akan Dipanggil Ke Istana Negeri Namakan Calon Ketua Menteri

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2023 5:07PM

Kenderaan membawa Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Haijiji Noor masuk ke Istana Seri Kinabalu pada 4.22 petang ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Semua mata tertumpu ke Istana Seri Kinabalu di sini di mana petugas media yang menunggu di pintu masuk dimaklumkan, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan dipanggil dalam tempoh terdekat untuk menghadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

“Kita akan panggil mereka (ADUN) untuk nyatakan siapa yang mereka sokong sebagai Ketua Menteri. Ini akan dilakukan tidak lama lagi,” kata Setiausaha Perhubungan Istana Negeri, Datuk Abdul Rashid Mohd Tahir.

Politik Sabah sekali lagi bergolak selepas beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk menamatkan kerjasama politik dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Sejak itu, BN Sabah, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Warisan mempersoalkan keabsahan Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor sebagai Ketua Menteri.

Buat masa ini, GRS mempunyai 29 ADUN, termasuk 15 mantan ADUN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Gabungan itu turut mendapat sokongan daripada lima ADUN BN Sabah yang dilaporkan tidak bersetuju dengan tindakan Pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan tujuh ADUN Pakatan Harapan (PH).

Ini menjadikan BN mempunyai 13 ADUN, manakala Warisan (19) dan KDM (3).

Dengan sokongan seorang ADUN Bebas, kumpulan Bung kini mempunyai 36 kerusi.

Jumlah ini menyamai kerusi GRS apabila sumber memberitahu The Vibes gabungan itu juga mempunyai 36 kerusi terdiri daripada 29 ADUN, lima daripada UMNO dan ADUN parti lain.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah mempunyai 79 kerusi dan majoriti mudah yang diperlukan untuk membentuk kerajaan ialah 40.

Ini menjadikan tujuh Ahli Parlimen PH sebagai ‘king maker’ dalam kemelut politik di negeri itu. - The Vibes, 7 Januari 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad