Berita Terkini

6 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


4 Ahli Parlimen Sabah Keluar BERSATU Perlu Kosongkan Kerusi - Peguam

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2022 2:45PM

Tindakan meninggalkan BERSATU menimbulkan persoalan, antaranya sebagai Ahli Parlimen adakah mereka perlu mengosongkan kerusi tersebut selaras dengan kehendak Akta Anti Lompat Parti yang dikuatkuasakan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pandangan bahawa Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan tidak terpakai terhadap empat Ahli Parlimen Sabah yang keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kerana bertanding menggunakan logo Gabungan Rakyat Sabah (GRS), adalah salah.

Peguam Kanan, Datuk Seri Rajan Navaratnam berkata, tindakan mereka meninggalkan BERSATU menimbulkan persoalan, antaranya sebagai Ahli Parlimen adakah mereka perlu mengosongkan kerusi tersebut selaras dengan kehendak Akta Anti Lompat Parti yang dikuatkuasakan.

Menurutnya, terdapat beberapa pandangan berhubung isu tersebut, antaranya Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan tidak terpakai kepada Ahli Parlimen berkenaan kerana mereka masih menjadi sebahagian daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Beliau berkata, ada juga yang berpendapat bahawa Sabah masih belum membentang dan menguatkuasakan Akta Anti Lompat Parti, justeru Perkara 49A tidak terpakai kepada Ahli Parlimen dari negeri berkenaan.

“Pertamanya, kita perlu menentukan sama ada GRS sebuah parti seperti BERSATU dan UMNO atau sebaliknya.

“Dalam hal ini, GRS adalah sebuah gabungan politik berdaftar membabitkan pelbagai parti seperti BERSATU, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), ia bukanlah parti politik atau entiti yang terdiri daripada individu.

“Berbeza dengan BERSATU yang merupakan sebuah parti politik ditubuhkan terdiri daripada individu. Oleh itu, yang membentuk GRS adalah parti politik dan bukannya individu yang menjadi ahli parti politik masing-masing. 

“Lagipun, seseorang individu tidak dibenarkan untuk menjadi ahli kepada lebih daripada satu parti politik. Sebagai contoh, jika seseorang individu itu adalah ahli BERSATU, dia tidak boleh berdaftar sebagai ahli GRS,” katanya kepada The Vibes hari ini.

Rajan berkata, Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan hanya terpakai terhadap individu dan bukannya parti politik.

Justeru, menurutnya, Perkara 49A akan terpakai kepada Ahli Parlimen yang meletak jawatan daripada parti mereka dan dalam hal ini, Ahli Parlimen yang meninggalkan BERSATU perlu mengosongkan kerusi mereka.

“Pengecualian Perkara 49A dalam situasi ini adalah jika parti politik seperti BERSATU mengubah pendirian secara en bloc daripada gabungan politik. Dalam hal ini GRS, untuk menyokong gabungan politik lain seperti Pakatan Harapan (PH), namun ia tidak berlaku,” katanya.

Mengenai pandangan bahawa Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan tidak terpakai kepada Ahli Parlimen Sabah kerana Akta Anti Lompat Parti masih belum dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Rajan berkata, alasan tersebut tidak ada merit dan tidak boleh dikekalkan.

Katanya, Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa Sabah dan Sarawak hendaklah menjadi negeri bagi Persekutuan, manakala Perkara 4 menyatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan hendaklah menjadi undang-undang tertinggi Persekutuan. 

Jelasnya, Perkara 46(2) Perlembagaan Persekutuan juga menyatakan bahawa Dewan Rakyat hendaklah terdiri daripada 25 Ahli Parlimen dari Sabah.

“Perlembagaan Negeri Sabah hanya terpakai kepada ADUN, manakala Perlembagaan Persekutuan terpakai untuk semua negeri, termasuk Sabah dan khususnya Perkara 49A terpakai kepada Ahli Dewan Rakyat bukan kepada DUN.

“Oleh itu, Ahli Parlimen yang dipilih dari Sabah adalah tertakluk kepada peruntukan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan bahawa beliau dan beberapa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) memutuskan untuk keluar daripada BERSATU.

Bagaimanapun, mereka menyatakan bahawa akan terus bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan kekal menyokong Kerajaan Perpaduan dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Getaran, 12 Disember 2022

Sorotan

1

Skuad Piala Uber Malaysia Pulang Awal

2

Nur Shazrin Mungkin 'Lupakan' Paris 2024

3

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

4

Anwar Bertemu PM Qatar, Zahirkan Kesediaan Malaysia Beri Rawatan Kepada Rakyat Palestin

5

Putera Mahkota Arab Saudi Berhasrat Adakan Lawatan Rasmi Ke Malaysia Akhir Tahun Ini - PM

6

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Presiden Palestin Rakam Terima Kasih Kepada Kepimpinan, Rakyat Malaysia

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Negara Pertama Terima Visa Haji

Sukan 5 jam yang lalu

Skuad Piala Uber Malaysia Pulang Awal

Semasa 5 jam yang lalu

Putera Mahkota Arab Saudi Berhasrat Adakan Lawatan Rasmi Ke Malaysia Akhir Tahun Ini - PM