web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15: Menang Kalah Adat Pertandingan, Berlapang Dada Pilihan Rakyat

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2022 5:58PM

Ismail Sabri Yaakob (dua dari kiri) beramah mesra bersama para penduduk FELDA Tementi sempena PRU-15 esok di Bilik Gerakan Felda Tementi hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BERA - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta semua pihak menerima pilihan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), esok dengan berlapang dada tanpa mencetuskan sebarang provokasi dan kekecohan.

Beliau juga berharap, proses pilihan raya esok dapat berjalan lancar dan sempurna dengan semangat yang tinggi.

Tegasnya, menang atau kalah adalah adat pertandingan dan harus diraikan dengan matang serta berhemah.

“Saya harap esok pada hari mengundi dapat berjalan dengan lancar dan sempurna tanpa sebarang provokasi di seluruh negara.

“Saya juga berharap malam esok apabila menerima keputusan, semua kita boleh menerima keputusan yang diumumkan dengan semangat yang tinggi tanpa menimbulkan kekecohan di mana-mana sekali pun.

“Kita terimalah pilihan rakyat dengan dengan hati terbuka, menang atau kalah adat pertandingan,” katanya dalam sidang akhbar selepas program ramah mesra bersama penduduk Bandar 32, di sini hari ini.

Pada PRU-15, lebih 21 juta pengundi termasuk pengundi baharu yang berusia 18 tahun ke atas dijangka mengundi, esok.

Mengulas lanjut, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bera itu berharap insiden provokasi tidak berulang lagi selepas PRU-15 seperti perhimpunan atau perarakan perarakan baju hitam, apatah lagi baru-baru ini wujud dakwaan kononnya terdapat 30,000 pengundi warga Bangladesh sebagai pengundi hantu.

“Tuduhan itu sebenarnya tidak berlaku pun, jadi ia tidak baik untuk negara dan perlu dielakkan pada PRU-15 ini,” katanya.

Bagaimanapun, Ismail Sabri melahirkan rasa bersyukur apabila tempoh berkempen selama dua minggu berjalan dengan lancar tanpa insiden tidak diingini dan ia membuktikan kematangan berpolitik rakyat Malaysia.

“Alhamdulillah selepas dua minggu berkempen saya lihat kempen berjalan dengan lancar di seluruh negara dan tidak ada kejadian tidak diingini sekali gus membuktikan kematangan rakyat Malaysia berpolitik,” katanya. - Getaran, 18 November 2022

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 6 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad