web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Saya Terima Tidak Dicalonkan Semula’, MN Bukan Parti Politik Untuk PRU-15

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2022 10:55AM

Annuar Musa - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Mantan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menafikan bahawa Muafakat Nasional (MN) adalah parti politik, seperti dianggap banyak pihak.

Sebaliknya, beliau berkata, MN adalah badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

“Pada masa ini Muafakat Nasional(MN) bukan sebuah parti politik.

“Ia adalah sebuah badan NGO berdaftar di bawah pendaftar pertubuhan secara rasmi dan sah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Annuar berkata, justeru, tidak seharusnya tercetus soal MN akan menyertai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Katanya, MN boleh diaktifkan untuk menjalankan aktiviti selari dengan perlembagaannya.

Semalam, ‘kecoh’ di media sosial apabila Menteri Komunikasi dan Multimedia itu memuat naik hantaran di Facebook memaparkan sijil pendaftaran satu pertubuhan dinamakan MN yang diperakui ROS.

Malah, perkongsian itu juga memaparkan senarai nama lapan pengurusan tertinggi pertubuhan terbabit yang turut menyaksikan beliau sebagai Pengerusi dan mantan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz memegang peranan Ahli Jawatankuasanya.

Perkongsian terbabit turut memaparkan lambang MN dan gambar kemeja t-shirt tertera singkatan huruf TSAM di bahagian hadapan dipercayai merujuk kepada nama beliau, selain Ketereh bersama slogan ‘Muafakat, Khidmat, Berkat’ di belakang pakaian itu.

Kewujudan MN yang didakwa parti politik baharu dikatakan kononnya sebagai tanda ‘balas dendam’ dan kekecewaan Annuar selepas tidak dicalonkan semula untuk kerusi Parlimen Ketereh yang disandang beliau sejak beberapa penggal lalu.

Menerusi pengumuman Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kerusi itu akan ditandingi Ketua Puteri UMNO Kelantan, Marzuani Ardila Ariffin pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Namun, Annuar menerusi platform media sosial Facebook memaklumkan, biarpun tidak dicalonkan semula, beliau akan terus melangkah ke hadapan.

Beliau turut menyatakan penghargaan kepada lebih 25,000 pengundi di Ketereh yang mengundinya pada PRU-14. – Getaran, 3 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Hanya Kerana Mahu Jadi Jaguh, Tak Wajar Kor Ming, King Sing Menghasut Rakyat

3

Politik 2 tahun yang lalu

Annuar Sertai PAS Satu Pembohongan, Buat Demi Kepentingan Diri - Mohd Puad

4

Politik 2 tahun yang lalu

Annuar Sah Ahli PAS

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik