web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Stabil Elak Pergolakan Dalam Pentadbiran - PM

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2022 5:45PM

Kerajaan yang stabil dan kuat dapat mengelakkan pergolakan dalam pentadbiran. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Kerajaan yang stabil dan kuat dapat mengelakkan pergolakan dalam pentadbiran yang boleh mengganggu tumpuan terhadap isu penting seperti memulihkan ekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, 

Beliau berkata pergolakan yang berlaku jika kerajaan tidak memperoleh banyak kerusi pada pilihan raya menyebabkan Perdana Menteri atau Menteri Besar perlu memberi tumpuan kepada isu politik sebelum dapat melakukan perkara untuk kepentingan rakyat. 

Perdana Menteri berkata sebagai contoh, Kerajaan Negeri Pahang yang ditadbir oleh Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail amat stabil dan berupaya membawa pelbagai kejayaan termasuk hasil melebihi RM1 bilion. 

"Pada awal pentadbiran saya, kita dapat mengawal politik supaya lebih stabil tetapi akhir-akhir ini, sebelum saya membubarkan Parlimen, kerajaan agak tidak stabil dan pelbagai serangan berlaku bukan hanya dari luar tetapi presiden parti yang bergabung dengan kerajaan juga menyerang saya," katanya. 

Ismail Sabri berkata demikian semasa berucap di Kenduri Keluarga Malaysia sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini yang turut dihadiri Wan Rosdy dan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. 

Justeru, Ismail Sabri berkata adalah penting untuk BN memperoleh kerusi yang banyak pada 19 November ini supaya tidak selamanya perlu menjadi ‘melukut di tepi gantang’ dan mengharap sokongan pihak lain seperti yang berlaku sebelum ini kerana hanya memiliki 42 kerusi di Dewan Rakyat selepas pilihan raya umum 2018. 

"Bila ada yang ugut nak tekan butang, kita pun dengan semangat Mat Kilau sebelum dia tekan saya tekan dulu dan terbubarlah Parlimen pada 10 Oktober lepas. Tugas kita sekarang adalah untuk membentuk kerajaan baharu yang boleh menjaga kepentingan rakyat. 

"Bila kita kalah dahulu, memang sedih tetapi ia memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk membuat penilaian kerajaan mana yang lebih bagus.

“Dulu masa BN memerintah, macam-macam dilakukan untuk kebaikan dan ekonomi stabil tapi akhirnya semasa Pakatan Harapan memerintah 22 bulan, rakyat boleh nampak segala kemungkaran dan kemusnahan yang dilakukan oleh mereka," katanya. 

Selepas Parlimen dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 19 November ini sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 dengan penamaan calon pada 5 November manakala 15 November ditetapkan sebagai tarikh mengundi awal. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 9 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

2

Politik 10 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

3

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Politik 18 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Politik 18 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad