Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


‘Ada Baru Sedar Diri Milik UMNO Selepas Parlimen Dibubar’ – Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2022 6:12PM

Walaupun tidak menamakan mana-mana pemimpin, Ahmad Zahid berkata, sudah tiba masa UMNO memberi fokus terhadap memastikan kestabilan terjamin, termasuk memilih calon terbaik - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, terdapat segelintir pemimpin UMNO yang ‘baru sedar’ mereka adalah milik parti itu selepas Parlimen dibubarkan.

Walaupun tidak menamakan mana-mana pemimpin, Ahmad Zahid berkata, sudah tiba masa UMNO memberi fokus terhadap memastikan kestabilan terjamin, termasuk memilih calon terbaik dan tidak muncul suara sumbang daripada dalaman yang mengkritik parti itu, selepas pilihan raya nanti.

“Ada yang ketika pembubaran Parlimen baru sedar bahawa diri sebenarnya milik parti, segala dinikmati termasuk jawatan pernah dipegang sebab atas dasar dirinya adalah ahli UMNO, bukannya ahli atau mewakili suara BERSATU (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) atau PAS, mahu pun parti lain.

“UMNO memerlukan wakil rakyat yang terpilih nanti mempunyai jati diri UMNO yang teguh. Tidak mudah dipengaruhi anasir luar yang sentiasa mahu proksi memperkotak-katikkan parti menggunakan suara pemimpin dalaman UMNO,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Justeru, Ahmad Zahid berkata, pemilihan calon mewakili UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali ini sangat mustahak kepada parti.

Tegas beliau, ia adalah tugas amat mencabar bagi ‘Top Five’, namun demi kestabilan politik masa depan, keharmonian dan disiplin parti agar ‘pisang tidak berbuah dua kali’, maka kali ini UMNO amat serius untuk memastikan calon terbaik tersebut mempunyai jiwa dan roh parti yang luhur.

“Insya-Allah, Top Five UMNO akan pastikan calon dipilih merupakan pemimpin mempunyai disiplin tinggi, tidak besar kepala, berani mempertahankan parti daripada diperlekehkan, tidak bersuara sumbang terhadap kepimpinan mereka sendiri, selain mempunyai sokongan akar umbi kuat tanpa mengira tempat bertanding,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, UMNO kini sudah bangkit dan mulai mencorak masa depan lebih baik yang boleh disaksikan sendiri di setiap majlis solidariti dalam siri jelajah Barisan Nasional (BN) di seluruh negara.

Katanya, anak muda bersama pemimpin pelbagai lapisan umur berdiri penuh semangat, bersedia berjuang dan mengembalikan mandat rakyat kepada BN.

“Majlis seumpama ini bukan sekadar ceremonial (upacara) semata-mata, tetapi lambang bahawa UMNO bangkit kembali selepas belajar daripada kekalahan BN pada PRU 2018,” katanya.

Menurutnya, kekalahan pada PRU-14 mengajar BN banyak perkara, terutamanya kesedaran mengenai erti kesetiaan terhadap parti.

Beliau turut mengimbau ujian dihadapi BN apabila ramai pemimpin UMNO lari ‘lintang pukang’ menyelamatkan diri.

“Ada melompat parti, ada menjadi pengkhianat parti, terdapat juga menjauhi diri daripada UMNO. Ini perit bagi UMNO akan tetapi ia juga suatu hikmah.

“Pembersihan dalaman UMNO berlaku secara automatik apabila golongan oportunis ini dapat dikenalpasti melalui sikap, kenyataan dan tindak tanduk mereka.

“Sekurang-kurangnya ini dapat menjadi petunjuk arah penting dalam konteks pemilihan calon BN,” katanya. – Getaran, 28 Oktober 2022

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Letupan Bom: Polis Kelantan Guna Kenderaan Berperisai Kawal Sempadan

Semasa 1 hari yang lalu

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Bangkit Dari Kealpaan, Kecuaian, Kelemahan Jika Mahu Perubahan Sebenar - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 26 minit yang lalu

Individu Main Isu 3R Wajar Dikenakan Tindakan Tegas - Ahli Akademik