web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Bidas Ismail Sabri Tolak Debat, ‘Kamu Ini Di Zaman Mana?’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2022 9:21AM

Ismail Sabri Yaakob (kiri) dan Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana menolak cadangan debat terbuka antara tiga calon jawatan nombor satu itu dari pembangkang, Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menurut beliau, budaya berdebat bukan sahaja menjadi amalan sekolah dan universiti yang berjaya malah golongan ulama pada zaman silam.

“Mail (Ismail) kamu ini di zaman mana? Parlimen itu tempat bahas, sekolah yang berjaya, universiti yang berjaya itu menganjurkan pemikiran kritis, pemikiran kreatif yang membolehkan perbahasan.

“Ulama-ulama besar zaman silam hidup penuh dengan perbahasan, soal jawab dan perbezaan pendapat. Bezanya ialah kita guna istilah yang baik, tak maki orang,” katanya ketika berucap pada ceramah Jelajah Mega Harapan di Melaka, malam tadi.

Bagaimanapun beliau berkata, gelanggang politik hari ini menjadi platform untuk memaki hamun parti tertentu.

“Kita tak setuju DAP maka DAP komunis. Masa DAP kawan kita, kita peluk ok. Kita tukar berkawan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan UMNO, maka DAP jadi komunis.

“Kalau DAP jadi komunis tangkaplah, simpan buat apa? Tapi demikianlah keadaannya di mana politik itu menjadi gelanggang maki hamun,” katanya.

Semalam, Ismail Sabri menolak cadangan tersebut kerana ia tidak mendatangkan apa-apa hasil.

Malah beliau menegaskan debat sebelum pilihan raya bukan budaya Malaysia dan tidak pernah dibuat sedemikian.

"Bukan budaya kita debat ini, tidak pernah dibuat dan dan tidak mendatangkan hasil," katanya.

Ismail Sabri berkata, jika debat terbuka dilaksanakan, ia mungkin dijadikan tempat untuk calon menabur janji dan manifesto.

"Bulan dan bintang pun dia akan sebut jadi tidak perlu dan selama ini kita bentuk kerajaan berdasarkan kepercayaan rakyat bukan satu jam debat itu.

"Saya tidak perlu berdebat sebelum pilihan raya dan kita sibuk di kawasan masing-masing," katanya.

Terdahulu, Anwar dalam Program Jelajah PH Pahang di Mentakab mencadangkan perkara itu supaya perbahasan tersebut perlu memberi tumpuan kepada soal dasar dan perancangan bukan berbentuk tuduhan serta dakwaan.

Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang

Dalam pada itu, Anwar turut mengecam kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh beliau sebagai ejen Yahudi.

“Saya ini ejen yahudi, Israel dan Freemason. Yang tuduh kawan saya, ustaz Hadi Awang. Dia tulis surat kepada gerakan Islam sedunia mengatakan Anwar sekular, pro Amerika.

“Dia tak pernah beritahu saya. Saya kawan dia berpuluh tahun tak pernah ditanya, dia buat fitnah ini. Ini surat yang dia tulis (merujuk surat didakwa ditulis Hadi),” katanya yang turut berkongsi surat tersebut kepada penonton yang hadir pada ceramah tersebut. – Getaran, 26 Oktober 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik