web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemimpin ‘Langkah Sheraton' Pasti Tumbang Jika Jadi Calon PRU-15

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2022 7:00AM

Langkah Sheraton dipelopori Azmin Ali mengucar-ngacir PH dan membuatkan blok itu dipandang jelik oleh rakyat. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemimpin utama yang melakukan pengkhianatan menerusi Langkah Sheraton dijangka tidak mempunyai harapan dan sukar untuk menang sekiranya mencalonkan diri pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Jamaie Hamil berkata, ini berikutan wakil rakyat terbabit tidak mempunyai kekuatan akar umbi yang kukuh seperti dimiliki Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Menurut beliau, tidak sewajarnya adegan ‘tikam belakang’ dilakukan oleh ahli politik, khususnya 11 pemimpin yang meninggalkan PKR dan PH kerana tindakan itu hanya membakar jambatan serta perjuangan politik masing-masing.

“Bila mereka keluar daripada parti untuk membentuk kerajaan menerusi Langkah Sheraton, secara automatik mereka tiada akar umbi walaupun bertanding semula di Parlimen, malah kemungkinan untuk mereka menang (memang) tiada harapan. Perkara itu turut menimpa pemimpin UMNO yang menyertai BERSATU,” katanya kepada Getaran.

Jamaie berkata, Langkah Sheraton adalah perkara yang tidak dijangka dan dianggap mengkhianati perjuangan parti kerana melibatkan kerjasama dengan pihak lawan.

“Walaupun tak bersetuju tidak bermakna perlu bersekongkol dengan parti lawan. Tindakan itu dilihat diambil berdasarkan kepada pertimbangan (yang) tak memandang jauh ke hadapan,” katanya.

Langkah Sheraton yang dipelopori mantan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berjaya membawa keluar 10 pemimpin parti itu sehingga berjaya mengucar-ngacir PH dan membuatkan blok itu dipandang jelik oleh rakyat.

Antara pemimpin terlibat adalah Datuk Zuraida Kamaruddin (Ampang), Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Baru Bian (Selangau), Datuk Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal).

Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat), Datuk Seri Dr Santhara Kumar (Segamat), Ali Biju (Saratok) ,Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau).

Mengulas lanjut Jamaie menegaskan, ahli politik yang melakukan gerakan Langkah Sheraton itu pastinya akan bertanding pada PRU-15 bagi menguji kekuatan, sekali gus membuktikan mereka masih relevan untuk berkhidmat kepada rakyat, walau hakikatnya sudah melakukan perbuatan yang dibenci pelbagai pihak.

“Namun, kalau kalah, pasti akan memalukan. Jalan paling baik adalah mereka umum tidak bertanding di saat akhir. Kalau nak masuk BN sudah terlambat tetapi tidak menolak kemungkinan tindakan itu boleh dilakukan pada saat akhir kerana itu telah berlaku dalam sejarah pilihan raya.

“Kalau nak sertai, seharusnya setahun setengah dahulu sebab sekarang ini calon pun sudah hendak diketengahkan. Sekiranya mahu kembali pada PH, saya fikir ia sukar diterima sebab mereka rasa amat terguris, kesan dikhianati itu masih kuat di kalangan pemimpin serta pengundi gabungan itu,” katanya.

Bagaimanapun, Penganalisis Politik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Jazimin Zakaria berkata, penyertaan pemimpin Langkah Sheraton, khususnya Azmin serta Zuraida mampu memberi saingan kepada parti atau gabungan politik lain kerana mempunyai pengaruh dan pengikut yang kuat.

Menurut beliau, tindakan itu juga membuktikan keberanian mereka menentang kepimpinan tertinggi parti yang sudah kehilangan prinsip dalam membentuk kesejahteraan rakyat dan kelangsungan perjuangan politik.

“Kita boleh lihat selepas Konvensyen PKR di Melaka (2020) , berlaku perubahan besar daripada Azmin dan Zuraidah kerana mempunyai pengaruh kuat dalam parti kerana ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam penjara dan yang menguatkan PKR adalah kedua-dua mereka. 

“Dari sudut survival politik, kemungkinan mereka tidak akan hilang dan akan terpilih kerana ada pengikut yang memberi kelangsungan penglibatan mereka dalam politik. Pemimpin itu keluar bukan merasakan mereka disisihkan tetapi dasar dipegang itu membuka mata pelbagai pihak.

“Sebagai contoh, Zuraida boleh lepas jawatan menteri begitu sahaja, maknanya ada ‘wow faktor’ pada pemimpin itu. Kita mungkin lihat dia tak boleh bertahan namun prinsip perjuangan yang sanggup melepaskan pangkat itu ada kelebihannya,” katanya.

Penolong Rektor UiTM Cawangan Pahang, Kampus Raub itu menambah, pemimpin yang melakukan Langkah Sheraton bukanlah punca utama Malaysia menghadapi ketidakstabilan politik dan kerajaan.

“Ia mungkin hanya 20 peratus sahaja namun kena faham sebenarnya pemimpin itu, khususnya Zuraidah dan Mohamed Azmin adalah percaturan politik. Mereka hanya bidak yang dimainkan oleh individu tertentu.

“Ada yang memanipulasikan pergerakan mereka ini kerana hanya Azmin dipancing menyertai gerakan tersebut berbanding pemimpin PH yang lain. Maknanya boleh katakan Langkah Sheraton memang menyebabkan ketidakstabilan, namun ia hanya percaturan kecil kerana lebih banyak lagi faktor lain mempengaruhi perkara itu,” katanya.

Sementara itu, mantan Pengasas Bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff menyeru rakyat Malaysia memilih pemimpin yang lebih kompeten dan amanah pada PRU-15 agar berupaya mengatasi masalah rasuah dalam pentadbiran negara dan menyelesaikan kemelut ekonomi.

Atas faktor terbabit, menurut beliau, rakyat sewajarnya memilih calon berdasarkan kekuatan individu ditampilkan dan bukannya memilih berlandaskan kepada parti semata-mata.

“Kalau masih berterusan boleh terima rasuah yang kini menjadi sebahagian dari hidup dan masih mengamalkan politik warlord, sistem kita yang telah rosak akan makin parah. Jadi rakyat kena fikir kerana kepimpinan sebuah negara itu adalah cerminan rakyat.

“Sebagai contoh, Jabatan Meteorologi telah kata banjir akan lebih teruk daripada 2021 yang ketika itu mengorbankan lebih 55 nyawa dan 500,000 terpaksa dipindahkan. Kenapa PRU-15 yang diutamakan pemimpin berbanding kebajikan rakyat.

“Sangat manis kalau buat PRU lepas banjir kerana beberapa bulan sahaja kena tunggu, namun ahli-ahli politik sekarang ini lebih menjurus ‘apa aku dapat’ dan macam mana untuk sambut perkara itu setelah jadi pemimpin,” katanya. - Getaran, 20 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

2

Politik 2 tahun yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

4

Politik 2 tahun yang lalu

Peneroka FELDA Harap PRK Ubah 'Nasib' Fasiliti, Infrastruktur Uzur

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 7 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad