web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anak Bekas TPM vs Bekas TPM Di Bagan Datuk

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2022 4:16PM

Zahid (kanan) tidak pernah tewas di Bagan Datuk sejak mula menguasai kawasan terbabit pada 1995. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - “Saya tahu saya sedang berjalan ke mulut naga.”

Tawfik Ismail sedar beliau berdepan tugas berat apabila mengumumkan akan mencabar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Bagan Datuk pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Bercakap kepada The Vibes, calon Gerak Independent (GI) itu berkata, beliau memutuskan untuk bertindak berani demi membuktikan kepada pengundi Melayu bahawa terdapat alternatif lain dan pemimpin yang lebih berwibawa, berbanding apa yang ditawarkan oleh UMNO dan PAS.

“Secara peribadi (saya tidak ada) sebarang masalah (dengan Zahid) tetapi dari segi prinsip, saya rasa ia adalah perjuangan yang perlu dilakukan oleh Melayu sendiri. Orang ramai bercakap mengenai kepimpinan Melayu dan sebagainya.

“Tak masuk akal mereka hanya menumpukan kepada sejenis karakter sahaja. Ia adalah penghinaan untuk kita semua.

“Beliau (Zahid) menggambarkan bahawa menjadi Melayu, semuanya salah. Sudah tiba masanya orang Melayu bertindak menentang beliau,” jelas Tawfik yang satu ketika dulu memegang kerusi Parlimen Sungai Benut (kini Simpang Renggam) dari 1986 hingga 1990.

Bekas ahli UMNO itu ialah anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman.

Menurut Tawfik, beliau yakin dapat menggunakan sebaiknya sikap ‘terlalu yakin’ dimiliki Zahid, jika dilihat kepada perancangan untuk menentang penyandang kerusi Bagan Datuk itu di gelanggang sendiri.

Katanya, lumrah mana-mana individu untuk berasa selesa jika berada dalam zon selamat dan beliau berharap Zahid akan menonjolkan sisi lemahnya atau membuat kesilapan, bagi membolehkan perkara itu digunakan sebaiknya.

Terdahulu, Tawfik yang aktif sebagai aktivis politik dan gerakan anti rasuah menyuarakan hasrat untuk mencabar Zahid dalam kumpulan sembang Malaysia First di aplikasi WhatsApp.

“Saya akan bertanding di Bagan Datuk, Perak untuk menentang Presiden UMNO, Zahid Hamidi dengan menggunakan tema Rakyat vs Rasuah. Saya mahu semua rakyat Malaysia yang membenci rasuah untuk melihat ini sebagai perjuangan mereka.

“Saya tidak memecahkan undi Pakatan Harapan (PH), tetapi berjuang demi tanah air. Insya Allah, kami, GI dan Malaysia First akan berjaya,” kata Tawfik.

Melihat kepada pendirian beliau, ia diharapkan mampu mengurangkan kritikan terhadap GI, apabila orang ramai dan komponen PH sendiri mempersoalkan perancangan Siti Kassim untuk bertanding di Parlimen Batu yang merupakan kubu kuat PKR.

Bagaimanapun, ia dianggap sebagai satu misi yang agak mustahil kerana Zahid tidak pernah tewas di Bagan Datuk sejak mula menguasai kawasan terbabit pada 1995. - The Vibes, 13 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 4 minggu yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Tidak Pernah Berhasrat Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 5 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 14 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran