Berita Terkini

17 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kuala Langat Bakal Saksikan Pertarungan Sengit

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Oct 2022 9:00AM

Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pembubaran Parlimen pada Isnin membuatkan bakal calon mula tidak senang duduk kerana mengintai peluang bertanding.

Parlimen Kuala Langat, yang terletak kira-kira sejam dari ibu negara diramalkan bakal berdepan perlawanan pelbagai penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Kawasan itu memiliki 102,406 pengundi berdaftar pada 2018, terdiri daripada 71.4 peratus pengundi Melayu, 13.5 peratus (India), 12.08 peratus (Cina) dan 3.5 peratus (lain-lain etnik), termasuk sejumlah penduduk Orang Asli dari suku kaum Mahmeri dan Temuan.

Kawasan tersebut dimenangi Datuk Dr Xavier Jayakumar di bawah tiket PKR dengan majoriti 17,112 ketika pilihan raya umum pada 2018.

Bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli itu bagaimanapun meninggalkan PKR tidak lama kemudian bagi menyertai Parti Bangsar Malaysia (PBM).

PBM, diterajui Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamarudin sedang dalam percubaan menyertai gabungan Barisan Nasional (BN) yang jika berjaya, boleh membuka jalan untuk Xavier mempertahankan kerusinya di bawah tiket PBM.

Walaupun veteran berusia 69 tahub itu masih membisu mengenai perkara itu, sumber politik setempat Kuala Langat berkata, bekas Naib Presiden PKR tersebut mahu mempertahankan kerusi dimenanginya jika berpeluang berbuat demikian.

Cabaran utama untuk Xavier pastilah berkisar kepada usaha meraih kepercayaan pengundi dan pencapaian diraih setakat ini, apatah lagi selepas pengunduran penuh kontroversi dari PKR pada 2021.

Tentangan PKR

Parti lama Xavier, PKR mahu merampas semula kerusi itu selepas pengunduran beliau dari parti tersebut.

Walaupun Kuala Langat didominasi pengundi Melayu pada 2018, kelulusan Undi18 tahun lalu menyaksikan perubahan yang signifikan pada dinamik kaum.

Ketika ini, jumlah pengundi berdaftar dicatatkan pada 146,506, terdiri daioads 57.07 peratus pegundi Melayu, 27.9 peratus pengundi Cina dan 13.04 peratus pengundi India.

Kategori Lain-Lain yang turut meliputi komuniti Orang Asli pula hanya tersiri daripada 1.56 peratus.

Pengundi Melayu merekodkan penurunan yang signifikan iaitu hampir 15 peratus, menjadikan pembahagian kaum di kawasan tersebut lebih seimbang.

Bercakap kepada The Vibes, Ketua PKR Cabang Kuala Langat yang baru dipilih, R Haridass menyuarakan kesediaan untuk bertanding di kawasan itu jika dicalonkan kepimpinan parti.

“Saya bersedia memikul cabaran itu. Saya memahami dengan dekat semua isu yang berlaku kerana dilahirkan dan dibesarkan di sini.

“Jika diberi peluang oleh parti, saya pasti akan menerima mandat itu,” katanya.

Bagaimanapun, sumber dalam PKR mendedahkan, penyandang Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid turut mengintai peluang untuk bertanding di kawasan yang pernah menjadi gelanggangnya satu ketika dahulu ketika berkhidmat selama dua penggal, antara 2008 dan 2018 di Kuala Langat.

Ketika ini, PKR dan UMNO masing-masing sedang menyusun strategi dan membuat percaturan terbaik.

BN Mahu Bertanding

Walaupun niat Xavier untuk bertanding lagi jelas kelihatan, BN, khususnya UMNO masih berhasrat untuk merampas kembali kerusi tersebut selepas kali akhir berbuat demikian pada 2004.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Suffian Hamdan, yang tewas di tangan Xavier pada 2018 dikhabarkan sekali lagi akan bertanding di Kuala Langat.

Bagaimanapun menurut sumber dalaman parti, Shahril diberitakan akan bertanding bagi kawasan Parlimen di Melaka, menentang wakil BERSATU.

Sumber memberitahu, Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat, Zurihan Yusof sudah menggiatkan usaha melobi bagi bertanding di kerusi berkenaan, termasuk mengadakan mesyuarat bahagian kebelakangan ini demi meraih sokongan akar umbi agar mencalonkan namanya untuk dipertimbang Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Sumber yang tidak mahu dikenali itu berkata, Zurihan bukan pilihan yang popular kerana tidak begitu dikenali di sana.

Rakan sejawat UMNO, MIC juga sedang menimbangkan kemungkinan bertanding di kerusi terbabit.

Hal ini jelas sumber, berpunca daripada tekanan oleh UMNO Kapar untuk mengisi calon daripada kalangan mereka sendiri, berbanding menyerahkan ia kepada MIC yang sejak sekian lama bertanding di sana.

“Langkah itu boleh menyebabkan pertukaran dengan Kapar diserahkan kepada UMNO manakala MIC berpindah ke Kuala Langat,” katanya.

Menurut sumger, MIC mungkin boleh meletakkan Naib Presiden mereka, Senator Datuk T Mohan atau Ketua Wanita, Datuk Mohana Muniandy.

Mohaha bertanding untuk kerusi Kapar pada 2018 tetapi tewas di tangan Abdullah Sani.

Penyertaan PN, Bakal Pengacau

PAS pula mungkin menyenaraikan Ahli Parlimen Sijangkang, Datuk Ahmad Yunus Hairi untuk kerusi Kuala Langat,

Yunus, bekas exco kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat ketika diterajui Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar, adalah antara calon yang terselamat daripada kejayaan besar PH di Selangor, empat tahun lalu.

Menang dengan majoriti 1,677 undi pada 2018, Yunus berjaya menempatkan dirinya dengan baik di kerusi Sijangkang yang majoriti pengundi ialah Melayu sejak 2008.

Dua lagi kerusi iaitu di kawasan bukan majoriti Melayu, Banting dan kawasan majoriti Melayu, Morib masing-masing dikuasai DAP dan AMANAH.

Pengundi Melayu di Kuala Langat mungkin akan berpecah pada hari pengundian, jika pertandingan tiga penjuru antara BN, PN dan PH berlaku. - The Vibes, 13 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 hari yang lalu

MIC Janji Bantu Kempen PRK Kuala Kubu - PM

2

Semasa 4 hari yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Hina Agama Hindu: Zamri Vinoth Harus Segera Dihukum - MIC

4

Politik 1 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Video Aidilfitri Noor Rahiza Jadi Kenangan, Adik Bersemangat Sambut Raya - Abang

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 20 jam yang lalu

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

Semasa 1 hari yang lalu

APM Selamatkan Kanak-kanak Terperangkap Dalam Kereta Di Bukit Bintang