web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


UMNO Dipersalahkan Hanya Kerana PM Dari Parti Kami - Azalina

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2022 8:41PM

Azalina Othman Said - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO dipersalahkan secara tidak adil dalam pelbagai isu melanda negara semata-mata kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah pemimpin dari parti tersebut.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Perdana Menteri dan UMNO tidak mempunyai kuasa mutlak dalam membuat keputusan kerajaan disebabkan komposisi Jemaah Menteri terdiri daripada pelbagai parti.

Menurut beliau, disebabkan kerajaan sekarang terdiri daripada beberapa gabungan lain, semua cadangan daripada UMNO perlu mendapat persetujuan ahli gabungan lain sebelum diluluskan.

“Tiba-tiba, persoalan yang ditimbulkan juga kini boleh dijawab oleh ahli politik lain kerana mereka adalah sebahagian daripada kerajaan campuran. Jadi tak bolehlah nak menyalahkan parti saya (UMNO) untuk bertanggungjawab terhadap semuanya.

“Apabila berlaku masalah, orang kata kerajaan dipimpin oleh pemimpin UMNO. Tetapi apabila pelaksanaan tersekat, tiada siapa yang mahu menunjukkan bahawa menteri yang bermasalah itu bukan dari UMNO.

"Kami dipersalahkan kerana Perdana Menteri dari parti saya," katanya semasa sesi podcast dengan The Vibes baru-baru ini.

Selain Barisan Nasional (BN), gabungan utama lain dalam kerajaan hari ini ialah Perikatan Nasional (PN) yang terdiri daripada 40 Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PAS serta Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang mewakili 19 kerusi Parlimen.

Azalina berkata disebabkan kerajaan sekarang terdiri daripada beberapa gabungan lain, semua cadangan daripada UMNO perlu mendapat persetujuan ahli gabungan lain sebelum diluluskan.
Azalina berkata disebabkan kerajaan sekarang terdiri daripada beberapa gabungan lain, semua cadangan daripada UMNO perlu mendapat persetujuan ahli gabungan lain sebelum diluluskan.

Jelas Azalina lagi, kesukaran untuk melaksanakan pelbagai dasar dan diburukkan lagi dengan hakikat bahawa ramai pemimpin tertinggi UMNO ketika ini bukan sebahagian daripada pentadbiran Persekutuan, satu elemen yang menjadi kunci untuk memastikan kesinambungan.

“Arwah bapa saya pernah memberitahu saya bahawa badan paling penting ialah Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, malah bukan Kabinet. MKT akan membuat keputusan, Kabinet menterjemahkannya. Kini, ahli MKT tiada dalam Kabinet.

“Tetapi untuk BERSATU, PAS, dan parti lain, jawatan pemimpin tertinggi mereka ada dalam Kabinet. Jadi apa sahaja yang dibincangkan, mereka boleh bawa kembali kepada parti untuk meraih sokongan. Bukan untuk UMNO, kerana semua cabaran yang kita hadapi hari ini.

“Oleh itu, akan timbul masalah di peringkat parti untuk mentafsir apa sahaja yang diputuskan dalam Kabinet. Apabila denyut nadi parti tidak menjadi sebahagian kerajaan, keadaan akan mula huru-hara,” katanya.

Kebiasaannya, Perdana Menteri daripada UMNO adalah presiden parti.

‘Amat sukar untuk berada di kedudukan Ismail Sabri’

Ketika diminta mengulas mengenai keengganan Ismail Sabri untuk menyahut saranan MKT supaya pilihan raya diadakan lebih awal, Azalina berkata, berada dalam kerajaan campuran tidak mudah kerana beliau perlu sentiasa menenangkan parti lain.

“Untuk bersikap adil kepadanya, beliau memakai dua topi. Dalam UMNO, beliau adalah naib presiden, yang berada di ranking ketiga. Dalam kerajaan, dia nombor satu, tetapi parti kita hanya mewakili 34 peratus komposisi kerajaan.

“Jadi dia perlu terus berunding dan saya fikir ia adalah satu kedudukan yang sangat sukar. Bukan sahaja beliau, tetapi untuk sesiapa sahaja dalam kedudukan tersebut,” katanya.

Azalina berkata, rundingan amat penting ketika persidangan Parlimen, apabila Perdana Menteri perlu memastikan rang undang-undang (RUU) dibawa kerajaan disokong dan diluluskan di Dewan Rakyat.

“Bajet negara, sebagai contoh, perlu menjadi rundingan berterusan. Ia tidak mudah. Jika kita mempunyai kerajaan jangka tetap selama lima tahun, tiada sesiapa mahukan pilihan raya sepanjang masa,” katanya.

Azalina berkata, walaupun semua pihak, termasuk UMNO, ingin membuat keputusan yang menguntungkan parti politik masing-masing, Perdana Menteri tidak boleh diharapkan untuk memaksa keputusan ini, termasuk dalam kabinet.

Tambah beliau, ia menimbulkan masalah kepada UMNO, yang ahlinya menjangkakan bahawa tuntutan mereka untuk bantuan dan perubahan dasar, dilaksanakan. 

“Sebab itu, ada yang percaya pemilihan parti mesti diadakan dahulu, supaya kita boleh memperkemaskan kerajaan. Tetapi hujah itu juga terlalu awal, kerana kita tidak akan mengawal kerajaan 100 peratus,” katanya. 

Ikuti episod penuh The Good, The Bad and The Ugly  Episod 14 bersama Datuk Seri Azalina Othman Said pada Sabtu. - The Vibes, 29 September 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 37 minit yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik