web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rakyat Sudah Jelak, Enggan Lihat Sentimen Perkauman Menjelang PRU - Amira Aisya

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2022 9:12AM

Kemenangan Amira Aisya Abd Aziz pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini adalah bukti nyata bahawa orientasi pengundi dalam memilih pemimpin tidak lagi berlandaskan kaum - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rakyat sudah mula jelak dan enggan lagi melihat sentimen perkauman terus melatari pilihan raya umum.

Timbalan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Amira Aisya Abd Aziz berkata, kemenangan beliau di Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini adalah bukti nyata bahawa orientasi pengundi dalam memilih pemimpin tidak lagi berlandaskan kaum.

"MUDA mahu membawa idea segar serta menjauhi permainan politik lama. Sebab itu kalau dilihat pada PRN Johor, kita mencuba dan ia telah berjaya. Sebagai contoh di Puteri Wangsa yang majoriti pengundinya adalah dari kaum Cina. 

"Parti-parti lain yang bertanding semuanya menghantar wakil dari kaum Cina. Barisan Nasional (BN) menghantar calon dari MCA, Perikatan Nasional (PN) menghantar calon GERAKAN, kemudian Parti Bangsa Malaysia (PBM) meletakkan Steven Choong Shiau Yoon,” katanya kepada Getaran ketika ditemui di sini.

Beliau diminta mengulas dakwaan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang baru-baru ini yang dilaporkan sebagai berkata, majoriti golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera adalah perosak kepada politik serta ekonomi negara.

Abdul Hadi Awang baru-baru ini yang dilaporkan sebagai berkata, majoriti golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera adalah perosak kepada politik serta ekonomi negara - Gambar Fail
Abdul Hadi Awang baru-baru ini yang dilaporkan sebagai berkata, majoriti golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera adalah perosak kepada politik serta ekonomi negara - Gambar Fail

Menurut Abdul Hadi, ramai dalam kalangan Pakatan Harapan (PH) tidak beriman dan bermoral, malah secara terbuka mengumpulkan kumpulan pemberi serta penerima rasuah. 

Membidas kenyataan Abdul Hadi, Amira Aisya menegaskan, rakyat tidak lagi menjadikan kaum sebagai faktor utama meskipun pertandingan di DUN Puteri Wangsa waktu itu didominasi bangsa Cina.

“Hakikatnya, mereka mengundi MUDA. Mereka mengundi saya, seorang perempuan Melayu muda kerana idea yang saya ketengahkan kepada mereka, bukan disebabkan dari kaum mana saya berasal," tegasnya.

Tambah beliau, perkara sama turut berlaku di DUN Tenang.

“Walaupun MUDA kalah, buat pertama kalinya calon kami, Lim Wei Jiet iaitu seorang Cina diletakkan di kawasan itu, yang merupakan tempat pedalaman majoriti masyarakat Melayu dengan banyak tanah rancangan FELDA,” katanya. 

Perkara seumpama itu jelasnya, tidak pernah berlaku sebelum ini.

Meskipun Lim Wei Jiet tewas, MUDA meraih kedudukan kedua dengan perbezaan majoriti lebih seribu - Gambar Fail
Meskipun Lim Wei Jiet tewas, MUDA meraih kedudukan kedua dengan perbezaan majoriti lebih seribu - Gambar Fail

"Jika anda lihat sejarah pengundian, tidak pernah ada orang Cina yang bertanding di Tenang. Selalunya calon Melayu. Sebab pemikiran kita sentiasa 'oh, kawasan teras Melayu, kena hantar calon Melayu. Tetapi kita berani meletakkan calon Cina di sana untuk menyampaikan mesej bahawa sentimen kaum tidak sepatutnya dilihat penting," katanya.

Amira Aisya berkata, meskipun Wei Jiet tewas, parti berkenaan meraih kedudukan kedua dengan perbezaan majoriti lebih seribu.

"Ini adalah menakjubkan kerana buat pertama kali seorang berbangsa Cina memasuki kawasan teras Melayu. 

“Ia memberi isyarat bahawa orang kita sekarang tidak lagi seperti dahulu. Orang kita lebih melihat idea yang dibentangkan kepada mereka berbanding membuat penilaian berasaskan warna kulit, kaum dan agama," tegasnya. - Getaran, 20 September 2022

Sorotan

1

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

2

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

3

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

5

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

6

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Luar Negara 7 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka  Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 8 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad