web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wanita PKR Tekad Jadi Nadi Utama Kebangkitan PH Takluk Kembali Putrajaya

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2022 8:19PM

Wanita PKR Selangor telah menggariskan beberapa tumpuan dalam melaksanakan gerak kerja, iaitu bersiap siaga menghadapi PRU-15. - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Wanita PKR Selangor bertekad menjadi nadi utama kebangkitan Pakatan Harapan (PH) untuk menakluk kembali Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ketuanya, Rozana Zainal Abidin berkata, usaha tersebut dilakukan dengan semangat ‘Kita Semua Keadilan’ dan ‘Ayuh Malaysia’ demi menjulang PKR bersama kepimpinan Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Wanita Selangor sudah menggariskan beberapa tumpuan dalam melaksanakan gerak kerja, iaitu bersiap siaga menghadapi PRU-15 dengan menganjurkan latihan pengurusan pilihan raya kepada pimpinan dan anggota wanita.

“(Ini juga merangkumi) Penglibatan Wanita Selangor di dalam pengurusan bencana alam dan kesiapsiagaan perubahan iklim, selain memastikan proses pemberdayaan wanita berlaku dengan secara wajar di semua peringkat serta lapisan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Rozana Zainal Abidin - Gambar dari Facebook
Rozana Zainal Abidin - Gambar dari Facebook

Rozana yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang menambah, pihaknya turut mengutamakan program pengukuhan ekonomi dan kebajikan anggota wanita, selari dengan kemajuan dan kemakmuran negeri.

Dalam pada itu, beliau berkata, mesyuarat pertama Majlis Pimpinan Wanita Negeri (MPWN) diadakan semalam di Pejabat Majlis Pimpinan Negeri Selangor dan berjalan lancar serta penuh harmoni. 

Menurutnya, pelantikan jawatan pimpinan utama dan biro terlibat dibuat secara inklusif dengan mengambil kira penggabungan di antara anggota lama serta baharu.

“Ia berdasarkan pengalaman dan kelayakan dalam kalangan ketua wanita cabang, mantan ketua wanita cabang, mantan ahli exco wanita dan aktivis parti. 

“Keputusan ini dibuat demi keharmonian dan pemerkasaan  struktur organisasi kepimpinan wanita Selangor,” katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada mereka yang dilantik dan mengharapkan agar mereka mengutamakan agenda rakyat.

“Bersama melaksanakan amanah dengan penuh integriti, bertanggungjawab tanpa ada yang tercicir atau terpinggir," katanya. - Getaran, 17 September 2022

Sorotan

1

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

2

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

3

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

5

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

6

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 minit yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran