web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Kesal PH Gagal Laksana Reformasi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2022 7:07AM

Anwar berkata PH akan lebih komited untuk melaksanakan pembaharuan yang dijanjikan, sekiranya diberikan peluang sekali lagi. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan kekesalannya terhadap kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) melaksanakan reformasi ketika mentadbir negara, sehingga mengundang kekecewaan rakyat kerana tidak berjaya menunaikan janji.

Bagaimanapun beliau berkata, gabungan tersebut akan lebih komited untuk melaksanakan pembaharuan yang dijanjikan, sekiranya sekali lagi diberikan peluang.

“Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah kemuncak perjuangan berdekad-dekad untuk memperbetul dasar yang gagal dalam bidang penjagaan kesihatan dan pendidikan, menangani isu kemiskinan dan rasuah serta mengukuhkan ruang demokrasi negara.

“Bagaimanapun, perubahan struktur yang mampu mengubah hala tuju dalam pentadbiran gagal dilaksanakan,” katanya kepada The Vibes.

Anwar Ibrahim - Gambar fail
Anwar Ibrahim - Gambar fail

Tambah beliau, ketika PH berkuasa di Putrajaya bermula Mei 2018 hingga Februari 2021, gabungan tersebut mendapat sokongan kuat majoriti rakyat.

“Dengan sokongan lebih 60 peratus, rakyat meletakkan harapan tinggi bahawa akan ada pembaharuan boleh dicapai secepat mungkin, malangnya ia tidak berlaku,” katanya.

Kerajaan PH yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu tumbang selepas pasti yang diasasnya, BERSATU keluar daripada gabungan tersebut dalam insiden ‘Langkah Sheraton’, sekali gus menyaksikan pertukaran kerajaan.

Anwar amat kesal kerana kepimpinan ketika itu tidak menunjukkan keazaman terhadap aspirasi reformasi.

“Kepimpinan ketika itu tidak mewakili pandangan reformasi, justeru beberapa keputusan diambil bertentangan dengan semangat reformasi yang kami perjuangkan,” katanya.

Beliau menegaskan, PH telah mencapai beberapa kejayaan penting, terutamanya dalam mendedahkan skandal dan membawa penjenayah rasuah ke muka pengadilan.

“Perubahan boleh dicapai dalam masa beberapa tahun saja. Namun, sistem ‘autoritarian neoliberalisme’ Barisan Nasional (BN) dari 1980 hingga 2018 terus berakar,” katanya.

Anwar berkata, sistem politik yang dicemari rasuah di Malaysia tidak boleh ditangani dengan hanya memenangi pilihan raya atau memenjarakan individu korup.

“Saya tidak percaya kita boleh memecahkan sistem itu dengan hanya memenangi pilihan raya sahaja. Kita tidak boleh memecahkan sistem itu hanya dengan menangkap dan memenjarakan beberapa pegawai yang korup.

"Kami sedar bahawa manifesto politik dan janji kempen sahaja tidak cukup untuk mengatasi daya tahan sistem yang sangat korup itu," tambahnya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, PH kini mempunyai misi untuk menghalang sistem sedemikian terus beraja dalam kancah politik dengan memperkenalkan pembaharuan yang akan membawa Malaysia menjadi sebuah negara demokrasi aman, berbilang kaum, berdaya saing dan dihormati.

Pada masa sama, Anwar mengesyorkan rangka kerja tadbir urus negara berasaskan prinsip SCRIPT iaitu ‘Sustainable, Caring and Compassionate, Respect, Innovation, Prosperity and Trust’ atau mampan, prihatin, belas kasihan, hormat, inovasi, kemakmuran dan amanah.

“Secara kolektif, mereka akan meletakkan asas kepada masyarakat yang berkembang maju, dinamik dan inklusif. Pelaksanaannya juga akan memerlukan inspirasi dan kerjasama rentas kementerian serta agensi kerajaan antara sektor awam dan swasta,” katanya.

Sementara itu, ketua pembangkang itu turut diminta mengulas mengenai perubahan yang dilakukan terhadap logo PH.

Anwar berkata, ia bertujuan memadam ‘kisah lama’ memandangkan PRU-15 semakin hampir, yang dijangka diadakan tahun ini.

Beliau juga berkata konsensus untuk menggunakan satu logo adalah bagi menentang persepsi di kalangan pihak tertentu bahawa gabungan itu ‘tidak bersatu’ dalam beberapa siri pilihan raya kecil baru-baru ini. - The Vibes, 27 Ogos 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran