web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Walau Najib Dipenjara, Api Kemaraan UMNO Terus Menyala - Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2022 6:00PM

Zahid (kiri) berkata ‘kisah Najib’ akan menjadi azimat penguat untuk UMNO. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, ‘api kemaraan’ UMNO tidak akan terpadam dengan pemenjaraan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Tegasnya, ‘kisah Najib’ akan menjadi azimat penguat untuk parti tersebut terus bersama dan lebih bersemangat dalam perjuangan.

“Mereka mengharapkan muslihat mereka akan lebih mudah dicatur dan terlaksana, ternyata mereka tersilap mengatur percaturan.

“Kisah Najib bukanlah pengakhiran kepada perjuangan mengembalikan kemakmuran di bumi Malaysia,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

 

Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) mereka pernah menyatakan UMNO telah tiada dan sudah berakhir. Mereka mahu...

Posted by Zahid Hamidi on Wednesday, August 24, 2022

Ahmad Zahid turut mengimbau kembali saat selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang menyaksikan terdapat pihak mengatakan bahawa UMNO sudah ‘berkubur’ dan perjuangan parti itu berakhir.

Beliau berkata, terdapat pihak yang mahu menamatkan terus riwayat UMNO, namun dengan berkat keazaman bersama, perkara terbabit berjaya dihalang.

Katanya, selepas cubaan itu gagal dan melihat kebangkitan UMNO, pihak terbabit mahu ‘merampas’ parti tersebut pula.

“(Mereka) Mahu memperkudakan UMNO untuk menjamin kedudukan politik, kuasa dan jawatan mereka yang kian lemah.

“Namun berkat keazaman pemimpin dan ahli UMNO yang setia, sekali lagi bersama kita berjaya menghalanginya,” kata beliau.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, pihak terbabit tetap bermuslihat untuk menawan dan memperguna UMNO.

Demi mencapai tipu daya, Ahmad Zahid menambah, pemimpin UMNO yang mempertahan parti itu daripada tergadai, mahu diketepikan.

“Syukur ke hadrat Ilahi pimpinan UMNO yang setia kepada perjuangan parti tidak tunduk dan mengalah.

“Termasuk Najib yang telah begitu banyak berjasa kepada UMNO yang kini dipenjarakan,” katanya.

Mahkamah Persekutuan kelmarin, mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda berjumlah RM210 juta yang dikenakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas Najib, selepas didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu, selepas mendapati pembelaan Najib sememangnya tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah. - Getaran, 25 Ogos 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad