web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ketua UMNO Bahagian Tuntut Campur Tangan PM Dalam Perbicaraan Rasuah Najib

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2022 5:23PM

Najib Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Bahagian UMNO yang berkumpul pada mesyuarat tergempar pagi ini didakwa bagi menuntut campur tangan Perdana Menteri untuk menangguhkan rayuan terakhir Datuk Seri Najib Razak berhubung sabitan SRC International.

Menerusi maklumat diperoleh The Vibes, tuntutan berkenaan adalah antara beberapa permintaan utama dibuat pemimpin UMNO semasa mesyuarat tertutup dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di ibu pejabat parti itu di sini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun tidak hadir pada mesyuarat hari ini.

Sumber terdekat memaklumkan, pemimpin berkenaan menyeru Ismail Sabri untuk menggunakan kuasanya bagi mendapatkan lanjutan tiga bulan bagi kes Najib daripada Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat untuk membolehkan mantan Perdana Menteri itu mendapatkan wakil peguam baharu.

Tuntutan itu dilakukan tatkala percubaan dibuat pasukan pembelaan Najib yang diketuai Hisyam Teh Poh Teik untuk memberikan lanjutan kepada perbicaraan di Mahkamah Persekutuan bagi membolehkan mereka menyedia dan menghujahkan kes mereka selengkapnya.

Selepas gagal dalam percubaannya, Hisyam juga memohon berundur daripada mengendalikan kes itu yang ditolak Tengku Maimun.

Najib sebelum ini menggugurkan peguam belanya dari firma Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners, mengetepikan Low Wei Loke dan Kee Wei Lon sebagai peguam bela tunggalnya.

Selain tuntutan lanjutan perbicaraan, pemimpin bahagian UMNO berkenaan dikatakan meminta Ismail Sabri mendesak Peguam Negara (AG), Tan Sri Idrus Harun supaya meneruskan siasatan terhadap Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Nazlan adalah hakim pengerusi dalam perbicaraan SRC International membabitkan Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila beliau menjatuhkan keputusan bersalah pada Julai 2020, dengan mengenakan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kepada pemimpin UMNO itu.

“Mereka mahu siasatan lanjut bagi menunjukkan terdapat berat sebelah dalam keputusan Nazlan dan mahu keputusannya dibatalkan dan tidak sah, selain menggesa perbicaraan semula diadakan,” kata sumber yang enggan dikenali itu.

Pada Jun lalu, Najib memfailkan permohonan di mahkamah tertinggi itu untuk mengemukakan keterangan lanjut bagi menunjukkan terdapat konflik kepentingan melibatkan Nazlan dan mahu perbicaraan di mahkamah berkenaan dibatalkan.

Bercakap kepada The Vibes, seorang lagi sumber UMNO berkata, tidak mungkin Ismail Sabri akan memenuhi tuntutan itu kerana sebelum ini, beliau beberapa kali dilapor menegaskan tidak akan campur tangan dalam proses kehakiman.

“Perdana Menteri menekankan mengenai doktrin pengasingan kuasa dan beliau tidak boleh serta tidak akan campur tangan dalam proses undang-undang,” katanya.

Dalam mesyuarat hari ini yang ditetapkan Ahmad Zahid, difahamkan hanya 73 daripada 191 pemimpin UMNO bahagian hadir yang menyaksikan majoriti mereka sehaluan dengan presiden dan pendahulu jawatan itu, Najib.

Bagaimanapun, The Vibes dimaklumkan bahawa pertemuan itu juga ‘menjadi hangat’ selepas sebilangan minoriti pemimpin menentang tuntutan untuk campur tangan dalam proses kehakiman.

Awal hari ini, dilaporkan terdapat jemputan dikeluarkan kepada pemimpin bahagian yang mengatakan bahawa mesyuarat itu adalah bagi membincangkan ‘perkara sangat penting yang menjejaskan masa depan parti’.

Antara pemimpin yang hadir pada mesyuarat itu adalah Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said; Pengerusi UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Tan Sri Shahrir Samad.

Orang dalam parti juga memaklumkan bahawa perkara lain dibincang pada mesyuarat itu adalah berhubung kontroversi Kapal Tempur Pesisir (LCS) yang akan menjejaskan imej parti menjelang pilihan raya umum.

Mesyuarat itu ditangguh sebentar bagi membolehkan Ahmad Zahid menghadiri perbicaraan rasuahnya sendiri dan dijangka disambung lewat petang ini, sebaik beliau kembali ke ibu pejabat. - The Vibes, 22 Ogos 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 4 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka  Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran