web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada PRK Bagi Kerusi Batu Lintang - Speaker DUN Sarawak

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2022 3:54PM

See Chee How - Gambar dari Twitter

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Batu Lintang walaupun penyandangnya See Chee How yang memenangi kerusi itu atas tiket Parti Sarawak Bersatu (PSB) meninggalkan parti itu, baru-baru ini.

Speaker DUN Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar berkata beliau tidak dapat menentukan sama ada tindakan See telah menyebabkan beliau hilang kelayakan sebagai ADUN berdasarkan Perkara 17(7)(a) Perlembagaan Sarawak.

Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Speaker DUN itu berkata beliau telah menerima surat daripada Presiden PSB Datuk Seri Wong Soon Koh pada 15 Ogos yang memohon untuk melucutkan kelayakan See sebagai ADUN dan menyertakan Surat Aku Janji yang kononnya ditandatangani oleh See.

Di bawah Perkara 17(7)(a), untuk membolehkan mana-mana Surat Aku Janji itu berkuat kuasa, ia mesti diberikan secara bertulis kepada Speaker Dewan sebelum seseorang yang dipilih meletak jawatan daripada parti yang diwakilinya dalam pilihan raya.

“Surat Aku Janji yang kononnya ditandatangani oleh YB See Chee How pada 3 Dis 2021 disimpan oleh PSB selama lapan bulan, 12 hari. Dalam kes ini, saya tidak dan tidak pernah menerima sebarang Surat Aku Janji secara bertulis daripada YB See Chee How,” kata Mohamad Asfia.

Mohamad Asfia berkata beliau menyerahkan kepada See untuk bertanding di kawasan mana sepperti dalam Surat Aku Janji yang kononnya dibuat ADUN itu dengan PSB sebelum bertanding sebagai calon parti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang lepas, adalah secara sukarela atau sebaliknya.

See yang menyandang kerusi Batu Lintang sejak 2011 dan mempertahankan kerusi itu di atas tiket PBS pada PRN ke-12, meletak jawatan dalam parti itu menerusi surat yang diterima Speaker pada 12 Ogos lepas, turut menyatakan beliau akan kekal sebagai ADUN bebas.

Berikutan pengumuman oleh Mohamad Asfia pada 14 Ogos mengenai peletakan jawatan See, Wong berkata See harus meletakkan jawatan sebagai ADUN selepas meninggalkan parti.

Wong berkata berdasarkan Surat Aku Janji lisan dan bertulis yang dibuat See sebelum dipilih sebagai calon parti pada pilihan raya negeri lalu, See juga terpaksa membayar pampasan kepada parti jika memilih untuk meletakkan jawatan selepas memenangi kerusi itu sebagai calon PSB. - Bernama

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 21 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad