web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PN Tak Perlu Ugut PM, Kalau Nak Tekan 'Butang', Tekanlah Sekarang

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2022 5:40PM

Dr Asyraf Wajdi Dusuki - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO menempelak kenyataan terbaru Perikatan Nasional (PN), yang dilaporkan kecewa dengan ketidaksungguhan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam memenuhi terma penting perjanjian dibuat bersama gabungan itu.

Ketua pergerakan berkenaan, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, PN tidak perlu mengugut Perdana Menteri untuk mendapatkan juga jawatan timbalan perdana menteri (TPM) dan menteri lain.

Beliau juga menegaskan, PN dipersilakan untuk menekan 'butang' sekiranya ingin berbuat demikian, iaitu ungkapan yang dikaitkan dengan kenyataan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini membabitkan isu pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

"Kalau nak tekan ‘button’, tekanlah sekarang. Kenapa takut sangat nak hadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)?" soalnya, sinis.

Asyraf mengulas kenyataan PN hari ini yang meluahkan kekecewaan terhadap Perdana Menteri, kerana dilihat tidak bersungguh memenuhi terma-terma penting dalam perjanjian beliau bersama gabungan PN.

PN menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, gabungan itu memutuskan untuk menghantar delegasi bagi bertemu dan berbincang dengan Ismail Sabri, mengenai pelaksanaan perjanjian tersebut.

Mengulas lanjut Asyraf berkata, rakyat menerusi PRU-15 boleh menentukan secara mutlak siapa selayaknya untuk diberikan mandat, yang akan menentukan lakaran masa depan kestabilan negara dan kesejahteraan mereka.

"Selagi ugut-mengugut dan tekanan demi tekanan diberikan dalam kalangan parti-parti yang membentuk kerajaan sementara tanpa mandat rakyat ini berterusan, selagi itulah tiada jaminan kestabilan dapat dicapai.

"Ini sekali gus menghakis keyakinan pelabur untuk melabur bagi memulihkan ekonomi dan inflasi yang dihadapi rakyat ketika ini,” katanya. - Getaran, 28 Julai 2022

Sorotan

1

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

2

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

3

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

4

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

5

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad