web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isyarat Betul Perlu Diberikan Kepada PM Untuk Menentukan Waktu Sesuai PRU

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2022 7:27AM

Mohamad Hasan (tengah) berkata Perdana Menteri sedang menunggu waktu yang sesuai untuk mengadakan PRU-15. - Gambar oleh Sofia Nasir

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TASEK GELUGOR - Isyarat yang betul perlu diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi mencari waktu yang sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15, kata Pengarah Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Perdana Menteri sedang meneliti dan menunggu waktu yang sesuai jadi kita perlu beri isyarat yang betul.

''Saya akan pergi ke seluruh negara bersama rakan-rakan dan hasil dari lawatan kerja akan kami bentangkan dan bincangkan di peringkat jawatankuasa pengurusan dan biro politik parti. Kita akan habiskan (pembentangan laporan PRU) sebelum pertengahan Ogos,” katanya.

Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata jentera pilihan raya BN di Pulau Pinang telah mencapai 50 peratus tahap kesiapsiagaan setakat ini dan beliau mahu melihat keseragaman strategi di setiap bahagian.

“Kita belum berbincang soal jumlah kerusi yang akan ditandingi dan calon. Ini akan ditentukan oleh pimpinan parti,” kepada wartawan selepas Majlis Pelancaran Jentera Pusat Daerah Mengundi BN Pulau Pinang di sini semalam. 

“Kami perlu melakukan penambahbaikan terlebih dahulu, barulah kita boleh keluar menghadapi peperangan PRU sebagai satu pasukan dan keluarga besar BN,” katanya.

Walaupun tidak mudah untuk mengalahkan parti DAP di Pulau Pinang, beliau berkata ia tidak mustahil.

Katanya ia terbukti di pilihan raya kecil Melaka, Sarawak dan Johor baru-baru ini, kerusi-kerusi tradisi yang dikuasai DAP berjaya dirampas oleh BN.

“BN telah diberikan kepercayaan semula oleh rakyat di kawasan-kawasan tersebut. Ia bukannya mudah untuk mengalahkan DAP tetapi ia tidak mustahil,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Politik 3 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad