web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Speaker Bincang Tindakan Terhadap Tajudin Didakwa Keluar Perkataan Kesat Di Parlimen

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2022 5:06PM

Keadaan tegang melibatkan Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dengan ahli-ahli pembangkang semalam- Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas menyebabkan kekecohan di Dewan Rakyat semalam apabila didakwa mengeluarkan kata kesat dan menggelar beberapa ahli parlimen wanita sebagai 'tidak senonoh', Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (UMNO-Pasir Salak) mungkin atau tidak, akan menerima balasan susulan tindakan yang dipercayai dilakukannya itu.

Pada sidang Dewan Rakyat hari ini, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, beliau akan berbincang dengan timbalan-timbalannya bagi menentukan siapa yang mempengerusikan persidangan terbabit dan juga untuk memahami sebaiknya tentang apa yang sebenarnya berlaku ketika kekecohan berkenaan, sebelum memutuskan sebarang tindakan.

"Adalah jelas bahawa saya tidak mempengerusikan sidang pada ketika itu dan saya tidak pasti sama ada Datuk Mohd Rashid Hasnon atau Datuk Ramli Mohd Nor. 

"Bagi saya bercakap dengan pengerusinya dan mengetahui apa yang berlaku. Biar saya uruskan ini," kata Azhar.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada seruan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) untuk Tajuddin menarik balik kenyataan yang didakwa seksis terbabit dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Memetik Peraturan Mesyuarat 36 (4), yang melarang ahli parlimen untuk menggunakan bahasa yang menyinggung perasaan atau membuat kenyataan seksis, Guan Eng berkata, adalah wajar untuk Tajuddin memohon maaf sekiranya Ahli Parlimen Pasir Salak tersebut melakukan kesalahan sedemikian.

“Adalah jelas Tajuddin mengeluarkan kata-kata kesat yang tidak sepatutnya didengari di dalam dewan yang mulia ini.

“Saya harap Speaker boleh panggil dia (Tajuddin). Jika dia salah, dia harus menarik balik kenyataannya dan meminta maaf.

“Jika dia tidak membuat kenyataan sedemikian, maka jelaslah bahawa dia tidak mengatakannya. Jika dia cukup berani, bersumpah bahawa dia tidak berkata seperti itu,” kata Guan Eng.

“Kami akan mencabarnya kerana semua orang mendengarnya,” tambahnya.

Semalam, Tajuddin yang juga mantan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, didakwa mengeluarkan kata makian 'p*****k', istilah yang secara kasar merujuk kepada kemaluan wanita dan merendahkan martabat ibu.

Beliau juga bergaduh mulut dengan ahli-ahli parlimen pembangkang dan menyelar mereka kerana melabelnya sebagai seorang ahli parlimen yang cenderung membuat kenyataan seksis.

"Kamu tidak tahu bagaimana kami melayan wanita, tetapi kamu berkata saya tidak menghormati wanita. Tanya Wanita UMNO (jika mereka dizalimi).

"Bukan semua tetapi sebahagian daripada kamu ...mulut jahat, kaki cucuk, kaki hasut, kaki cabar Speaker," katanya.

Tajuddin menambah, beliau mempunyai masalah dengan beberapa ahli wanita DAP yang berperangai tidak senonoh dan bermulut cabul.

Kenyataannya itu menyebabkan ahli-ahli parlimen pembangkang bangun dan menuntutnya memohon maaf dan menarik kenyataan.

Ketika berlaku suasana sahut menyahut antara Tajuddin dan ahli-ahli parlimen dari blok pembangkang, mikrofon mereka telah dimatikan oleh Timbalan Yang Dipertua, Rashid.

Beberapa ahli parlimen pembangkang selepas itu telah mendedahkan bahawa Tajuddin telah mengeluarkan perkataan berunsur menghina sepanjang tempoh mikrofon dimatikan berkenaan.

Tajuddin seterusnya diberi amaran oleh Rashid dan meninggalkan persidangan Parlimen tidak lama selepas itu. – The Vibes, 21 Julai 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad