web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tahniah Tok Mat Kerana Berani Bersuara – Rafizi

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2022 4:47PM

Mohamad Hasan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keberanian Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyuarakan apa terbuku dalam hati rakyat mengenai mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), wajar mendapat pujian serta sokongan semua pihak.

Timbalan Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, beliau mengucapkan tahniah kepada Mohamad yang lebih mesra dipanggil Tok Mat dan menyatakan bahawa masih ada suara berani di dalam UMNO.

“Walaupun UMNO adalah saingan PKR, masa depan negara bergantung kepada parti politik, termasuk UMNO, (dengan) dipimpin mereka yang bersih daripada rasuah, cekap mentadbir dan mempunyai wawasan.

“Jika pun parti yang menang pada suatu masa nanti adalah PKR, negara masih memerlukan barisan pembangkang, seperti UMNO yang cekap dan bersih untuk membawa isu rakyat serta menyemak tindakan kerajaan,” katanya.

Mohd Rafizi Ramli - Gambar fail
Mohd Rafizi Ramli - Gambar fail

Asia Times baru-baru ini menyiarkan laporan bertajuk ‘Exclusive: UMNO’s No 2 thinks Najib should go to jail’ (Eksklusif: Pemimpin No 2 UMNO berpendapat Najib patut masuk penjara).

Dalam laporan itu, Mohamad berkata demikian ketika ditanya berhubung kes Najib, menerusi satu sesi wawancara eksklusif bersama media antarabangsa tersebut.

Bagaimanapun, Mohamad semalam menafikan laporan tersebut dan memberitahu bahawa kenyataannya diambil di luar konteks.

Namun, wartawan Asia Times, Nick Kochan mempertahankan kandungan wawancaranya dengan Mohamad itu di Twitter, malah meletakkan pautan muat turun berhubung rakaman audio sesi berkenaan.

Mohd Rafizi menjelaskan, dalam satu kaji selidik dan laporan kepada organisasi korporat serta perbankan yang melantik syarikat beliau memberi pandangan mengenai populariti Najib dan pimpinan politik lain pada tahun 2021, dapatan menunjukkan lebih 80 peratus rakyat Malaysia percaya Najib bersalah.

“Ini termasuklah dalam kalangan orang Melayu dan ahli UMNO sendiri,” katanya.

Menurutnya, negara ini sedang berdepan dengan pelbagai cabaran, terutama ekoran krisis ekonomi.

Kata beliau, rakyat terpaksa berdepan dengan bebanan sara hidup lebih tinggi dan kemampuan kerajaan untuk membantu rakyat makin terbatas kerana ruang fiskal sempit.

Sebahagian dari punca kebuntuan kewangan kerajaan tersebut tambahnya, disebabkan bebanan hutang 1MDB diwariskan Najib kepada rakyat.

“Sebab itu, untuk negara bergerak ke hadapan dan menerima hakikat kita akan terus dibebankan dengan bencana kewangan berpunca dari 1MDB, sekurang-kurangnya kita wajar diberi keadilan bermula dengan dalang-dalang utama 1MDB dihukum seadilnya oleh mahkamah.

“Walaupun kita tidak akan dapat kembali semua wang diselewengkan, sekurang-kurangnya rakyat mendapat keadilan apabila dalang-dalang utama 1MDB dihukum,” katanya. - Getaran, 6 Julai 2022

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 37 minit yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad