web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Diplomasi, Adil, Taruhan Afdlin Di Setiawangsa

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2022 10:22AM

Afdlin Shauki Aksan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Adil dan diplomasi menjadi tunjang kepada manifesto Datuk Afdlin Shauki Aksan dalam persaingan untuk merebut jawatan Ketua Cabang PKR Setiawangsa, menentang penyandang Nik Nazmi Nik Ahmad.

Antara lain, pelakon dan pengarah itu berkata, beliau dan pasukannya akan terus menyumbang kepada perjuangan PKR serta bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana ahli parti tanpa mengira keputusan pada pemilihan PKR ini.

Dalam manifesto yang dikongsi kepada The Vibes, beliau yang merupakan pemenang anugerah dalam industri hiburan juga berikrar untuk memainkan peranan yang lebih besar di  Setiawangsa, di samping menjanjikan gabungan politik proaktif, sekiranya diberi mandat untuk menerajui cabang berkenaan.

“Kami akan bekerja tanpa tekanan, penuh komitmen, dan kami akan membawa kegembiraan dalam politik. Kenapa perlu bergaduh kalau boleh duduk berbincang? Perbezaan pendapat adalah perkara biasa, tetapi muafakat akan menjadikan Setiawangsa luar biasa.

''Komitmen kami kepada PKR, dan tidak kira apa yang berlaku, #KitaSemuaKeadilan,'' katanya.

''Jika kami dipilih, kami akan bekerja bersama, tidak kira siapa dari PKR Setiawangsa yang ingin menyumbang kepada kejayaan parti. Jika kalah, kami akan kekal membantu, jika diperlukan.''

Pemilihan PKR bermula semalam dan akan mengambil masa selama 10 hari untuk memilih kepimpinan baru hingga 2025.

Afdlin, yang pertama kali mencipta nama dalam industri hiburan, hanya menyertai PKR tahun lalu sebelum mengumumkan hasrat bergiat dalam gelanggang pemilihan PKR bulan lepas.

Pelakon dan pelawak itu mengakui berdepan cabaran sengit dalam pertarungan dengan Nik Nazmi, seorang ahli politik yang juga bekas ketua Pemuda PKR dan kini bertanding jawatan Naib Presiden.

Nik Nazmi adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia selama dua penggal antara 2008 dan 2018 sebelum beralih ke Parlimen Setiawangsa pada pilihan raya umum ke-14.

Sementara itu, Afdlin baru-baru ini memberitahu The Vibes bahawa penggerak di sebalik keputusannya untuk bertanding jawatan ketua cabang adalah untuk membawa budaya politik khidmat bakti dan mendakwa Setiawangsa memerlukan rejuvenasi bagi memastikan kawasan berkenaan kekal kepada PKR pada pilihan raya akan datang.

Berdasarkan manifestonya, usaha untuk menghidupkan semula Setiawangsa akan menyaksikan pemimpin cawangan dijemput untuk menyertai mesyuarat bahagian dan diberi kuasa untuk menyelaras program di peringkat mikro.

Pemimpin ini juga akan dilantik mengetuai jentera pilihan raya kawasan semasa pilihan raya umum, katanya.

Pada masa sama, Afdlin berkata jika beliau diundi sebagai ketua cabang, keutamaannya termasuk menyediakan jentera, dengan latihan segera disediakan kepada ejen pengundian dan pengiraan undi serta bilik gerakan pilihan raya ditubuhkan bersama jawatankuasa pilihan raya.

Ditanya sama ada beliau yakin dapat menunaikan manifestonya, Afdlin menjawab secara afirmatif, menjelaskan bahawa cadangannya tidak boleh dicapai, tetapi hanya melibatkan perkara yang "memerlukan lebih banyak perhatian".

''Saya merupakan penduduk di Setiawangsa selama 25 tahun. Ia adalah rumah saya.

“Jika penduduk Setiawangsa berpuas hati dengan perkhidmatan Nik Nazmi, sila terus menyokongnya, tetapi jika tidak dan mereka mahukan perubahan positif, saya dan pasukan adalah pilihannya.

“Kami berharap apa pun keputusannya, kita sebagai ahli PKR harus bekerjasama bagi meningkatkan peluang kita pada pilihan raya umum akan datang.'' - The Vibes, 14 Mei 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 17 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad