Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Saifuddin Calon 'Favourite' Anwar, Rafizi Ada Aura Tarik Pengundi Atas Pagar?

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 Apr 2022 10:20PM

Saifuddin Nasution Ismail (kiri) dan Rafizi Ramli

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas ditunda ekoran penularan virus COVID-19, pemilihan PKR yang bakal diadakan pada 13 hingga 18 Mei depan, bukan sahaja dinanti anggota parti, malah dijangka dipenuhi ‘warna warni’ drama dan kejutan tersendiri, dengan fokus pastinya lebih terarah kepada pertembungan calon untuk merebut kerusi panas Timbalan Presiden.

Ketika UMNO menutup tirai Perhimpunan Agung parti itu bulan lalu dengan mengambil keputusan menangguhkan pemilihannya sehingga selepas Pilihan Raya Umum (PRU), PKR dilihat lebih ‘jantan’ apabila meneruskan proses berkenaan bagi mempersiapkan diri untuk memikat semula hati rakyat.

Menariknya, biarpun kempen secara rasmi hanya bermula selepas penamaan calon hari ini, sudah kelihatan penyokong parti itu giat mempromosikan pimpinan yang menjadi pilihan hati masing-masing, terutama di platform media sosial.

Dalam merebut jawatan nombor dua tertinggi parti diasaskan pada tahun 1998 itu, tiga calon berpengaruh disebut-sebut bakal berentap, iaitu Setiausaha Agung, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; mantan Naib Presiden, Rafizi Ramli dan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang sebelum ini menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi PKR Perak.

Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak
Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak

Bagaimanapun, Farhash Wafa mengesahkan mengundur diri daripada bertanding jawatan tersebut bagi memberi laluan kepada Saifuddin Nasution mencabar Rafizi pada persaingan itu nanti. 

Sebaliknya, beliau akan bertanding untuk posisi Naib Presiden PKR dengan Saifuddin Nasution, seterusnya bersama-sama Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat gandingan terbaik serta segar untuk memperkasakan parti.

Malah, tegasnya, jika nasib tidak menyebelahi dan tidak memihak kepada dirinya pada keputusan pemilihan pada Mei depan, beliau tetap berlapang dada serta komited berjuang bersama PKR.

“Sekiranya Saifuddin bertanding (Timbalan Presiden) maka saya akan bertanding Naib Presiden. Saya ini bukan jenis suka merajuk atau meninggalkan kawan ketika susah. 

“Bagi saya, PKR adalah parti yang demokratik yang memberi peluang sama rata kepada semua. Apapun keputusan, saya tetap bersama parti dan turun ke lapangan untuk memperkukuhkan parti,” katanya.

Pengesahannya itu sekali gus menunjukkan peletakan jawatan Farhash Wafa sebagai Pengerusi PKR Perak bukan sekadar tangan kosong, namun ada udang di sebalik batu.

Spekulasi yang sedang ‘berkumandang’ ketika ini bahawa pengunduran mantan setiausaha politik Anwar itu sudah direncanakan bagi memberi laluan kepadanya untuk bertanding sebagai Ahli Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), terbukti ada benarnya.

Apapun, penyertaan Farhash Wafa dalam pemilihan PKR dilihat bakal memberi nafas segar terhadap kepimpinan tertinggi parti itu, di samping mewujudkan semangat baharu dan memperkukuhkan kekuatan dimiliki Anwar yang juga orang lama dalam pentas politik negara.

Bagi Rafizi pula, walaupun beliau bukan pemimpin kegemaran Anwar, kemunculan semula sosok mantan Naib Presiden parti itu sebenarnya sudah dinanti ramai memandangkan hakikatnya, penyokong Pakatan Harapan (PH), terutama PKR dan rakyat biasa mahu beliau kembali ke gelanggang politik.

Kemunculan pengasas Invoke Malaysia itu ibarat memberi sinar baharu kepada PH bagi menghadapi PRU-15 dan mengembalikan semula sokongan pengundi atas pagar terhadap gabungan terbabit, khususnya PKR yang memerlukan kekuatan pemimpin baharu selepas tewas teruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan PRN Johor.

Namun, satu yang pasti, semangat Rafizi harus dikagumi apabila tidak menjadikan jawatan itu sebagai pertaruhan utama dirinya menyertai semula politik.

Beliau mengatakan ingin memberi tumpuan penuh kepada usaha mendekatkan diri dan turun padang bertemu akar umbi, demi mewujudkan kembali ‘aura’ sokongan rakyat, seperti pernah dikecapi PH ketika memenangi PRU-14.

“Sekiranya kita tak mampu nak kembalikan semula semangat orang awam, bukan perkara penting untuk jawatan Timbalan Presiden kerana PH dan PKR sedang dalam keadaan tenat.

“Kalau situasi seperti di PRN Johor berlaku, maka kita akan melalui situasi buruk pernah dihadapi pada 2004,” katanya.

Sikap dan pendirian Rafizi itu tidak boleh dipandang enteng oleh sesetengah pihak kerana mantan Ahli Parlimen Pandan berkenaan sebenarnya mendapat sokongan kuat daripada anak sulung Anwar, Nurul Izzah.

Menyentuh peluang dimiliki Saifuddin Nasution pula, beliau mempunyai sokongan ‘orang lama’ dalam barisan kepimpinan parti itu.

Kesetiaan mantan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu terhadap Anwar sudah jelas terbukti dan tidak perlu dipertikaikan di mana beliau sentiasa bersama Pengerusi PH itu.

Pendek kata, beliau ketika ini dilihat sebagai orang kanan Anwar.

Perwatakan dan keperibadian matang Saifuddin dilihat mampu menjadikan beliau terpilih sebagai Timbalan Presiden PKR baharu,
walaupun mengesahkan beliau tidak mempunyai kekuatan ‘cai’ seperti dimiliki Rafizi.

“Saya buat masa ini tak ada bergantung pada mana-mana ‘cai’ (kem), tapi ada terima macam-macam permintaan untuk ikut bergandingan dan saya terbuka untuk itu. Sebenarnya ‘cai’ saya adalah seluruh kepimpinan PKR yang menawarkan diri untuk masuk bertanding,” katanya.

Perebutan Timbalan Presiden PKR Kukuhkan Parti, Perkasa Demokrasi

Rangkuman boleh disimpulkan, penulis yakin pemilihan PKR 2022 yang akan tertumpu kepada pertemuan antara Rafizi dan Saifuddin tidak akan mencetuskan ‘drama khianat’ seperti pernah dilakukan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sehingga ‘meranapkan’ kuasa PH di Putrajaya.

Walau asalnya parti itu menuju ke arah perpecahan selepas Langkah Sheraton yang diambil oleh Mohamed Azmin, pada dasarnya PKR berjaya menyingkirkan ahli dan pemimpin yang mengkhianati parti.

Biarpun saingan diramal sengit, penulis berpendapat pertembungan di antara Rafizi dan Saifuddin lebih bersifat kekeluargaan dalam PKR.

Dr Junaidi Awang Besar
Dr Junaidi Awang Besar

Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Junaidi Awang Besar turut mengakui perkara itu dan menegaskan pemilihan terbabit nanti, mampu memperkasakan sistem demokrasi dan pengundian pemilihan calon yang sebelum ini wujud kelemahan, sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan ahli akar umbi.

“Bukan senang nak buat pilihan raya dan nak kawal bermacam-macam ragam sekiranya melibatkan semua ahli yang memilih. Proses demokrasi yang dilakukan PKR ini lebih meluas daripada UMNO. 

“Bagaimanapun, tiada perpecahan akan berlaku kerana pada akhirnya, keputusan untuk memilih Timbalan Presiden PKR itu terletak di tangan ahli akar umbi.

“Mereka yang perlu betul-betul memilih siapa dimahukan untuk bersama Anwar bagi menyatupadu parti dan tak timbul suasana pelbagai kem,” katanya.

Malah, Pensyarah Geografi Pilihan Raya, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berpandangan, pertembungan dua pemimpin penting PKR berkenaan pasti sengit dan menarik perhatian ramai.

“Walaupun Saifuddin kata dia tiada cai dan Rafizi mungkin memiliki cai yang kuat, kita boleh lihat perkara itu sepenuhnya kerana sistem cai ada baik dan buruknya yang boleh mengubah keputusan sebaliknya. Apapun, semua keputusan bergantung kepada ahli mereka,” katanya.

Badrul Hisham Shahrin
Badrul Hisham Shahrin

Senada dalam perkara itu adalah Penyelaras Penerangan PN, Badrul Hisham Shahrin yang menyifatkan bahawa pemilihan PKR kali ini sangat menarik kerana melibatkan pertembungan di antara pemimpin kegemaran ‘orang lama’ dan individu yang mempunyai sokongan kukuh daripada Nurul Izzah.

Mantan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR itu, turut mendedahkan Saifuddin seolah-olah berundur daripada jawatan tersebut bagi memberi laluan kepada Rafizi kerana mempunyai keunikan dalam menarik hati orang ramai, khususnya pengundi atas pagar agar untuk kembali menyokong PH pada PRU akan datang.

“Pertemuan saya dengan kawan-kawan PKR beberapa hari lepas, mendapati ada pandangan dalam PKR melihat Saifuddin sebagai ‘pakar runding belakang’, termasuk berunding dengan UMNO bagi pihak Anwar, manakala Rafizi bakal satukan kekuatan melawan UMNO,” katanya.

Lantaran, penulis yakin pemilihan pimpinan tertinggi PKR itu akan berlangsung seperti perlawanan persahabatan walaupun pasti timbul ketidakpuas hati dalam kalangan ahli parti tersebut.

Apapun, diharapkan pergeseran antara ahli PKR sehingga boleh menyebabkan proses pengundian terpaksa ditangguhkan semata-mata atas motif tertentu harus dielakkan.

Kejadian seperti ‘kerusi terbang’, bertumbuk dan bergaduh sesama sendiri serta budaya ‘gangsterism’ perlu dihapuskan, agar stigma dalam pemikiran banyak pihak bahawa pemilihan PKR bersamaan dengan bencana, perpecahan dan sebagainya terhapus.

Kita tidak mahu ada lagi cubaan sabotaj didalangi individu tertentu untuk mencetuskan pergaduhan dalam pemilihan ini yang mampu mewujudkan perspektif negatif kepada parti, malah membuka pekung di dada kepada UMNO untuk menjatuhkan PKR. - Getaran, 8 April 2022.

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

Politik 1 hari yang lalu

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

Semasa 1 hari yang lalu

Siapa Punya Kerja, Tanam Paku Kat Bahu Jalan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 20 jam yang lalu

Hantaran Isu Kasino Forest City, Chegu Bard Ditahan Polis

oleh Wartawan Getaran