web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rafizi Calon Sesuai Ganti Anwar Sebagai Presiden PKR 

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2022 9:08AM

Rafizi Ramli

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dilihat calon sesuai bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden PKR.

Penganalisis Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Kartini Aboo Talib berpendapat, beliau tidak menolak kemungkinan ahli akar umbi PKR akan memberi sokongan kukuh kepada Rafizi untuk mengisi jawatan tertinggi dalam parti tersebut.

“Saya kira sudah tiba masanya PKR hadir dengan muka baru dan kepimpinan menggantikan Anwar. Rafizi dikenali ramai sebagai seorang yang lantang bersuara, berani dan ada beranggapan beliau 'agak celupar'. 

“Jika Rafizi dinamakan pengganti Anwar dan mendapat sokongan ahli serta penyokong PKR, tiada sebab untuk tidak menyokong beliau. Lagipun beliau seorang akauntan terlatih dan agak teliti,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Dr Kartini Aboo Talib
Dr Kartini Aboo Talib

Malah Kartini turut berpandangan, gandingan Rafizi bersama Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mampu membawa pembaharuan kepada Pakatan Harapan (PH) terutamanya, PKR.

“Kedua-duanya ada sinergi yang baik untuk memimpin PKR. Saya yakin ramai lagi akan menyokong gandingan tersebut ditambah pula ketokohan dan ketabahan Nurul Izzah sebagai ahli politik wanita yang berkaliber dan berdedikasi.

“Dari sudut 'demokrasi sihat' Malaysia memerlukan pembangkang yang kuat dan berani untuk 'scrutinise the government' sebagai 'check and balance' agar rakyat terbela dan peka akan apa yang berlaku,” katanya.

Menurut Kartini, beliau bersetuju dengan pendapat Rafizi bahawa PH perlu mengubah strategi mereka untuk menarik sokongan rakyat.

Katanya, strategi menggunakan tokoh pemimpin tertentu untuk menarik undi sudah tidak relevan diguna pakai hari ini memandangkan rakyat sudah berfikiran jauh dan lebih terbuka.

“Ya sudah tiba masanya pemimpin-pemimpin ‘otai’ seperti Anwar, Lim Kit Siang, Tun Dr Mahathir Mohamad bersara dari pentas politik dan menggalakkan pemimpin baharu yang dikenalpasti ketokohan melalui kemenangan serta dicalon semula sebagai Ahli Parlimen.

“Kelebihan Nurul Izzah misalnya, dia disayangi di Lembah Pantai sebelum pergi ke Permatang Pauh. Dan hakikatnya dia menang selesa di kedua-dua kerusi Parlimen tersebut. Malah watak dan ketegasannya nampak lebih ampuh,” katanya.

Terdahulu, Rafizi mendedahkan simulasi yang dilakukan semasa PRN Johor tempoh hari menunjukkan hampir 40,000 pengundi atas pagar memindahkan undi mereka kepada BN dan PN.

Trend itu amat membimbangkan beliau sehingga mendorongnya untuk kembali ke gelanggang politik tanah air.

Namun Kartini berkata, pola penolakan PH sebenarnya bermula sejak 2019 lagi, bermula dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highland, Chini, Semenyih, Tanjung Piai, Kimanis, Slim River dan berlarutan sehingga PRN Melaka, Johor dan Sarawak.

“Saya kira PH ditolak kerana dua tahun pentadbirannya banyak perkara yang tidak disenangi oleh bangsa Melayu amnya.

“Kajian Dr Chandra Muzaffar menyatakan bahawa kerajaan PH ialah kerajaan bukan Melayu kerana mendapat sokongan 95 peratus bukan Melayu, dan beberapa perkara seperti isu-isu sensitif berkenaan Raja-Raja, agama, pendidikan, semua ini memberi tamparan kepada orang Melayu,” katanya.

Justeru beliau berpendapat, PH terutamanya PKR harus melihat isu-isu rakyat dengan lebih dekat dan kritikal sekiranya mahu mendapatkan semula sokongan rakyat.

“Mereka harus mula mengatur strategi berbincang dan berkempen mengenai kesulitan rakyat selepas wabak COVID19, isu pekerjaan, isu kesihatan mental, isu perubahan iklim seperti banjir kilat dan banjir besar.

“Mereka juga harus keluar dari strategi menyerang personaliti tertentu. Rakyat Malaysia mempunyai tahap literasi tinggi dan boleh menilai sejauh mana benar atau tidak benar berita yang diterima atau yang diuar-uarkan,” katanya.

Terdahulu, Rafizi memilih untuk bersara daripada politik sejurus Mahkamah Tinggi membebaskannya daripada hukuman penjara 30 bulan atas pertuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) pada 15 November 2019.

Pembebasan tersebut dilakukan selepas Rafizi membuat rayuan terhadap sabitan hukuman penjara yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Sesyen apabila didapati bersalah mendedahkan empat akaun bank berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya.

Selepas dibebaskan, beliau mengumumkan tidak mahu kembali aktif dalam politik atau menyandang sebarang jawatan penting dalam kerajaan.

Katanya beliau mahu berehat dalam tempoh dua hingga empat tahun dan menjadi orang biasa serta menumpukan perhatian kepada keluarga. 

Namun beberapa hari lalu, Rafizi mengumumkan hasrat untuk kembali aktif dalam arena politik negara dan mahu merebut jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan akan datang. - Getaran, 23 Mac 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad