web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Zahid Beri Petunjuk PAU Mahu Desak PRU-15 Disegerakan

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2022 1:49PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi seolah-olah memberi petunjuk bahawa parti itu mahu mendesak Parlimen dibubarkan, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dilaksanakan dalam masa terdekat.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, ini selepas Ahmad Zahid melakukan tinjauan terhadap persidangan sayap UMNO, iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri yang mempamerkan kesiap siagaan bagi terus menggerakkan jentera dalam menghadapi sebarang kemungkinan dan persediaan pilihan raya.

“Persidangan sayap UMNO yang bermula malam tadi dan bersidang hari ini, memperlihatkan persediaan apabila ketiga-ketiga sayap menyebut mandat baharu rakyat hendaklah diperoleh dalam waktu tertentu atas nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memohon perkenan baginda.

“Namun, sebagai ketua parti, ini merupakan suatu rancangan politik yang hakikatnya Perlembagaan Negara dan kuasa Seri Paduka Baginda dihormati dan tentunya suara akar umbi turut didengar yang mengharapkan mandat baharu. Waktu sesuai (adakan PRU-15) dan beberapa aspek perlu difikirkan secara mendalam,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini.

Dalam pada itu, ditanya sekiranya Mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO diadakan malam ini bagi sebulat suara memutuskan untuk mendesak PRU-15, Ahmad Zahid menyangkal dakwaan tersebut.

Jelasnya, mesyuarat itu adalah lumrah dilakukan sebelum ucapan dasar Presiden UMNO disuarakan demi meneliti dan melihat semula sekiranya terdapat keperluan usul setiap perwakilan parti setiap negeri untuk diubah.

“Malam ini usul-usul perwakilan setiap negeri akan dibentangkan MT dan perkara ini adalah lazim kita lakukan sebelum ucapan dasar Presiden UMNO dizahirkan.

“Ini lumrah kerana untuk meneliti usul dibentangkan pengusul malam ini dan kita akan melihat, sama ada untuk meluluskannya tanpa pindaan atau tidak di samping isu perlu berkait dengan cadangan terkandung dalam ucapan dasar Presiden UMNO,” katanya.

Sementara itu, ditanya berkenaan polemik politik pelantikan Menteri Besar Johor, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk menolak pertanyaan itu dan akan menjawabnya pada sidang media, esok.

Terdahulu, selepas BN menang dua pertiga majoriti di PRN Johor, Zahid mendesak PRU-15 diadakan secepat mungkin bagi mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan baharu.

Presiden UMNO itu berkata, lebih 30 negara di dunia sudah mengadakan pilihan raya dalam keadaan mereka berdepan penularan COVID-19.

Menurut beliau, prosedur operasi standard (SOP) baharu boleh digunakan bagi melaksanakan PRU15 dalam tempoh berkenaan.

Jelasnya, gesaan itu dibuat selepas melihat kedudukan kerajaan amat rapuh yang menyebabkan negara berada dalam keadaan kerugian apabila tiada Pelaburan Asing Terus (FDI) masuk ke negara ini. - Getaran, 17 Mac 2022.

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 4 minggu yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 4 minggu yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Tidak Pernah Berhasrat Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 18 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 18 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95