web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemimpin Politik Kongsi Momen Keluar Mengundi

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2022 1:47PM

Hishammuddin dan Tengku Marsilla mengundi di Sekolah Agama Taman Sri Lambak di Kluang.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bermula 8 pagi tadi, turut menyaksikan beberapa pemimpin parti politik keluar melaksanakan tanggungjawab sebagai anak jati negeri itu, setakat tengah hari ini.

Perkara itu dikongsikan mereka di akaun media sosial masing-masing.

Muhyiddin dan Noorainee mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Muar, Muar bagi kerusi DUN Maharani.
Muhyiddin dan Noorainee mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Muar, Muar bagi kerusi DUN Maharani.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sudah mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Muar, Muar awal pagi ini di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani bersama isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Beliau turut menyeru seluruh rakyat Johor yang layak mengundi supaya menunaikan hak itu lebih awal, terutama dalam keadaan cuaca baik pagi ini.

“Cuaca pagi ini baik dan saya menyeru seluruh rakyat Johor agar dapat keluar mengundi awal. Keluarlah mengundi beramai-ramai dan laksanakanlah peluang mengundi ini dengan penuh tanggungjawab.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada petugas pilihan raya, seperti kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Kementerian Kesihatan (KKM) dan semua anggota keselamatan terlibat. Selamat mengundi,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkongsi saat beliau dan isteri, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah hadir mengundi di Sekolah Agama Taman Sri Lambak di Kluang.

Pemimpin UMNO itu turut meminta rakyat negeri berkenaan yang belum keluar mengundi, segera melakukannya.

“Orang Johor, dah (sudah) keluar mengundi ke tu? Saya dan isteri dah tadi. Mengundi di Sekolah Agama Taman Sri Lambak.

“Yang belum, pastikan keluar mengundi sebelum jam 6 petang ya. Stay safe! (kekal selamat),” coretnya di platform sama.

Syed Saddiq (tengah) bersama ibu bapa, tiga adik-beradiknya dan Chin Tong (tiga dari kiri) bergambar sebelum keluar mengundi di SK Taman Sutera di DUN Perling.
Syed Saddiq (tengah) bersama ibu bapa, tiga adik-beradiknya dan Chin Tong (tiga dari kiri) bergambar sebelum keluar mengundi di SK Taman Sutera di DUN Perling.

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pula melaksanakan tanggungjawab itu bersama ibu bapa dan tiga adik-beradiknya di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Sutera di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling.

Menerusi video TikTok dikongsikan di Twitter, beliau menunjukkan telunjuknya yang kosong sebelum hujung jari itu bertukar warna ungu selepas dicelup dakwat di saluran mengundi.

Pemimpin itu dan ahli keluarganya kemudian menunjukkan jari masing-masing yang mempunyai kesan dakwat sama.

Beliau turut diiringi calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN berkenaan, Liew Chin Tong ke pusat pengundian itu.

“Selamat mengundi rakyat Johor.

“Keluarga dan Yang Berhormat Liew Ching Tong,” katanya menerusi ciapan di gambar dikongsikan di Twitter. – Getaran, 12 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

2

Politik 4 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

3

Politik 4 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

4

Politik 4 tahun yang lalu

Siapa Menteri Besar Johor?

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad

Sukan 12 jam yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran