web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Johor Terima 140 Aduan Sepanjang Kempen PRN

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2022 10:51AM

Datuk Kamarul Zaman Mamat - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT - Polis Negeri Johor menerima 140 aduan berhubung salah laku serta pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, daripada jumlah itu sebanyak 37 kertas siasatan telah dibuka sehingga semalam.

Menurutnya, kes paling tinggi disiasat adalah berkaitan khianat ke atas poster parti politik, membabitkan 13 kertas siasatan.

“Kesalahan-kesalahan lain yang kami terima adalah berkaitan kes curi bendera parti, khianat dengan api, posting di Facebook yang melibatkan kemarahan awam, kes pukul libatkan petugas parti politik, hantaran berbaur lucah di Facebook dan perbuatan mengembang perasaan jahat atau permusuhan.

“Perkara lain yang turut disiasat ialah kesalahan tiada permit ceramah, pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara, berkempen tanpa mematuhi batasan serta penggunaan rakaman video berunsur provokasi politik di media sosial dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas,” katanya hari ini.

Kesemua kes itu jelas beliau, disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Kamarul Zaman memaklumkan, pihaknya telah mengenal pasti 17 lokasi panas (hotspot) yang menjadi tumpuan di negeri tersebut.

Tanpa mendedahkan kawasan terbabit beliau berkata, ia mengambil kira sentimen persaingan politik, isu perkauman, kegiatan kongsi gelap, pertaruhan serta pelbagai aktiviti jenayah termasuk individu yang mempunyai rekod lampau.

“Bagi tujuan itu, sebanyak 112 pasukan cantas dengan kekuatan 448 pegawai dan anggota telah diatur di seluruh kawasan.

“Ini dilakukan untuk kita menjaga keselamatan serta menjalankan risikan dalam memastikan kelancaran semasa proses pengundian,” katanya.

Kamarul Zaman memberi jaminan, orang ramai tidak perlu bimbang untuk melaksanakan tanggungjawab membuang undi, hari ini.

“Pihak polis akan menjamin keselamatan rakyat sepanjang proses pengundian.

“Begitu juga dengan calon yang bertanding, mestilah mengikut SOP yang telah ditetapkan,” katanya.

Seramai 49,290 petugas SPR ditempatkan di 4,638 saluran atau tempat mengundi hari ini.

SPR menyasarkan 70 peratus pengundi akan keluar menunaikan tanggungjawab tersebut.

Semalam, media melaporkan bahawa Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menasihatkan semua pengundi pada PRN Johor supaya keluar awal bagi menjalankan tanggungjawab tersebut.

Ia berikutan cuaca diramalkan hanya cerah pada sebelah pagi di semua kawasan di negeri ini, manakala ribut petir dijangka berlaku pada sebelah petang membabitkan tujuh daerah iaitu Johor Bahru, Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Kulai.

Tiga daerah iaitu Mersing, Kota Tinggi dan Kluang pula diramalkan mendung pada sebelah petang.

MetMalaysia dipetik sebagai berkata, suhu pula diramalkan antara 23 hingga 33 darjah selsius sepanjang hari. - Getaran, 12 Mac 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

3

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

4

Semasa 2 hari yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut: Mayat Ditemui Selepas Dicari Keluarga

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad