web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN Johor, Hari Penentuan Sudah Tiba

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2022 8:35AM

Seorang petugas SPR mencalitkan dakwat pada jari seorang pengundi di SMK Aminuddin Baki, Johor Bahru, hari ini. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Selepas dua minggu berkempen sejak penamaan calon 26 Februari lalu, Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mencapai kemuncaknya, hari ini.

Dalam tempoh kurang dari 24 jam, negara akan mengetahui senarai wakil rakyat yang bakal menduduki 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus mengakhiri teka-teki siapakah Menteri Besar dan parti mana terpilih membentuk kerajaan negeri. 

Seramai 239 calon mewakili 11 parti termasuk Bebas sudah melakukan yang terbaik bagi merayu dan meraih undi sebelum semuanya berakhir tepat 11.59 malam tadi.

Hari ini, mereka bergantung harap kepada jumlah peratusan rakyat Johor yang keluar mengundi antara jam 8 pagi hingga 6 petang nanti.

Pusat mengundi yang mempunyai satu atau dua saluran akan ditutup lebih awal seperti yang diwartakan.

Ia meliputi Balai Raya Pulau Besar di Mersing yang akan ditutup pada 11 pagi dan Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pemanggil, Mersing pada jam 1 tengah hari.

Sebanyak 15 pusat mengundi pula akan ditutup pada jam 2 petang, manakala 41 lagi  ditutup pada jam 4 petang. 

Mengikut rekod, seramai 2,574,835 rakyat Johor layak mengundi pada PRN Johor ini.

Pengundi beratur untuk memasuki dewan di SK Taman Sutera, Perling. - Gambar Azim Abd Rahman
Pengundi beratur untuk memasuki dewan di SK Taman Sutera, Perling. - Gambar Azim Abd Rahman

Ia tidak termasuk 87 peratus daripada 10,955 warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasangan serta 11,576 pegawai, anggota polis dan pasangan termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA) yang sudah menjalankan tanggungjawab mengundi awal Selasa lalu.

Tinjauan Getaran ke Sekolah Kebangsaan (SK) Larkin 1 iaitu satu daripada 1,021 pusat mengundi di seluruh negeri ini mendapati, pengundi DUN Larkin mulai hadir sebelum jam 8 pagi lagi, semata-mata mahu mendapat giliran terawal. 

Biarpun semangat masing-masing kelihatan berkobar-kobar, namun mereka tetap terikat dengan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang perlu dipatuhi.

Tidak boleh berebut-rebut, pengundi perlu memastikan sentiasa berada dalam jarak satu meter antara mereka atau petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di setiap pusat mengundi.

Aspek SOP dititikberatkan bagi memastikan proses PRN Johor berjalan lancar. - Gambar Alif Omar
Aspek SOP dititikberatkan bagi memastikan proses PRN Johor berjalan lancar. - Gambar Alif Omar
Petugas kesihatan turut terlibat bagi memastikan proses PRN Johor berjalan lancar. - Gambar Alif Omar
Petugas kesihatan turut terlibat bagi memastikan proses PRN Johor berjalan lancar. - Gambar Alif Omar

Mereka juga wajib menggunakan pelitup hidung dan mulut selain perlu membuat imbasan Mysejahtera memandangkan petugas Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa membuat pemantauan sepanjang proses pengundian berlangsung.

Sebuah saluran khas turut disediakan SPR bagi mengasingkan pengundi bergejala yang hadir untuk melaksanakan tanggungjawab hari ini bagi mengekang penularan virus COVID-19.

Presiden Parti Ikatan Demokratik Muda Malaysia (MUDA). Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melaksanakan kewajipan mengundi pagi tadi.
Presiden Parti Ikatan Demokratik Muda Malaysia (MUDA). Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melaksanakan kewajipan mengundi pagi tadi.
Calon DUN Larkin, Rasid Abu Bakar mengundi di SMK Aminuddin Baki, Perling.
Calon DUN Larkin, Rasid Abu Bakar mengundi di SMK Aminuddin Baki, Perling.

SPR sebelum ini memaklumkan, pengundi berstatus individu dalam siasatan (PUI) dan individu dalam pengawasan (PUS) perlu memohon kebenaran pegawai kesihatan daerah (PKD) untuk ke pusat mengundi dan kebenaran adalah tertakluk kepada penilaian risiko jangkitan oleh PKD berkenaan.

Seramai 49,290 petugas SPR ditempatkan di 4,638 saluran atau tempat mengundi hari ini.

SPR menyasarkan 70 peratus pengundi akan keluar menunaikan tanggungjawab tersebut.

Semalam, media melaporkan bahawa Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menasihatkan semua pengundi pada PRN Johor supaya keluar awal mengundi.

Ia berikutan cuaca diramalkan hanya cerah pada sebelah pagi di semua kawasan di negeri ini, manakala ribut petir dijangka berlaku pada sebelah petang membabitkan tujuh daerah iaitu Johor Bahru, Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Kulai.

Manakala, tiga daerah iaitu Mersing, Kota Tinggi dan Kluang pula diramalkan mendung pada sebelah petang.

MetMalaysia dipetik sebagai berkata, suhu pula diramalkan antara 23 hingga 33 darjah selsius sepanjang hari. - Getaran, 12 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

2

Politik 4 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

3

Politik 4 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

4

Politik 4 tahun yang lalu

Siapa Menteri Besar Johor?

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 8 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad