web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kempen Saat Akhir, Pemimpin Politik ‘Rayu’ Undi Di Media Sosial

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2022 8:25PM

Anwar Ibrahim berkongsi aktiviti kempen hari terakhir beliau turun padang ke beberapa DUN untuk bertemu serta beramah mesra dengan penduduk setempat menerusi Facebooknya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Saat akhir kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum tamat pada jam 11.59 malam ini, dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pemimpin politik untuk menarik hati pengundi supaya memangkah calon parti masing-masing dan tidak tersilap membuat pilihan.

Menjadikan media sosial, termasuk Facebook sebagai platform meraih undi, mereka giat mempromosikan kempen masing-masing demi memastikan misi membentuk kerajaan di Johor tercapai.

Abdul Hadi memegang plakad meminta pengundi Johor supaya melaksanakan tanggungjawab mereka esok.
Abdul Hadi memegang plakad meminta pengundi Johor supaya melaksanakan tanggungjawab mereka esok.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mencoret pesanan yang meminta seluruh pengundi Johor untuk pulang melaksanakan tanggungjawab itu, selain mengundi Perikatan Nasional (PN) bagi membuat perubahan di negeri berkenaan.

“Johor perlu menjadi guru kepada negeri lain. Undilah PN untuk membuat perubahan di Johor.

“Wahai bangsa Johor, selamat balik mengundi. Tunaikan kewajipan, jangan ulangi kesilapan,” katanya menerusi hantaran bersama gambar beliau memegang plakad tertulis kata-kata itu di Facebook hari ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkongsi aktiviti kempen hari terakhir beliau turun padang ke beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN), termasuk DUN Kempas dan DUN Tiram untuk bertemu serta beramah mesra dengan penduduk setempat.

Presiden PKR itu memaklumkan bahawa beliau menggunakan hari ini untuk meneruskan siri jelajah di negeri berkenaan dan membantu kempen calon parti terbabit serta Pakatan Harapan (PH).

Beliau turut meminta rakyat Johor turun mengundi untuk mengubah kesejahteraan negara.

“Hari ini meneruskan siri jelajah di Johor membantu kempen calon PKR dan PH. Ia juga adalah hari terakhir tempoh kempen, maka saya mohon rakyat Johor bersama dalam gelombang perubahan ini.

“Satu undi membawa seribu satu makna. Anda mampu mengubah kesejahteraan negara. Ayuh turun mengundi,” kata Pengerusi PH itu.

Mohamad Hasan merayu semua pengundi Johor membuat keputusan bijaksana untuk memilih kerajaan baharu bagi lima tahun akan datang.
Mohamad Hasan merayu semua pengundi Johor membuat keputusan bijaksana untuk memilih kerajaan baharu bagi lima tahun akan datang.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan pula merayu semua pengundi Johor membuat keputusan bijaksana untuk memilih menubuhkan kerajaan baharu bagi lima tahun akan datang.

Menurutnya, Barisan Nasional (BN) sudah menunjukkan pencapaian dengan ‘rekod prestasi’ yang baik, malah tidak ada parti lain yang disifatkan layak diberikan mandat.

Justeru, katanya, semua pengundi di Johor diminta keluar beramai-ramai dan memberikan mandat kepada BN untuk membolehkan parti itu menubuhkan kerajaan bagi menguruskan negeri berkenaan dengan sebaik mungkin.

“Kestabilan sebuah negara menjadi asas kepada segalanya. Kalau negara stabil. Kerajaan dia stabil, maka kerajaan akan dapat menumpukan sepenuh tumpuan untuk mengurus negara dengan baik.

“Rakyat akan rasa tenang, hidup dalam keadaan tenteram sejahtera, dilihat orang luar sebagai negara stabil, pelaburan, banyak, ekonomi meningkat dan pendapatan negara serta rakyat ditingkatkan. Itu tujuan dan asas mengapa kestabilan itu kunci kepada segala-galanya,” katanya. – Getaran, 11 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

2

Politik 4 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

3

Politik 4 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

4

Politik 4 tahun yang lalu

Siapa Menteri Besar Johor?

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

RCI TH: ‘Jika Mereka Tak Bersalah, Pertahankan; Jika Bersalah, Sila Dakwa’ - PM

oleh Sophia Ahmad