web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengundi Bergejala, PUI, PUS COVID-19 Dibenar Mengundi

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2022 6:16PM

Petugas SPR melakukan persiapan terakhir untuk proses PRN Johor esok. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan pengundi bergejala COVID-19 menunaikan tanggungjawab memilih pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, esok.

Menurut Setiausaha SPR, Datuk Indera Ikmalrudin Ishak, pengundi terbabit dibenarkan mengundi di khemah khas dipantau pegawai kesihatan untuk pemeriksaan dan tindakan susulan.

Katanya, pengundi berstatus individu disyaki (PUI) dan individu dalam pemantauan (PUS) yang ingin berbuat demikian perlu memohon kebenaran pegawai kesihatan daerah (PKD) yang mengawasi Arahan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian berkenaan untuk keluar sementara ke pusat mengundi.

“Kebenaran ini adalah tertakluk kepada penilaian risiko jangkitan oleh PKD tersebut. Pengundi perlu mematuhi semua garis panduan ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya menerusi kenyataan di Facebook SPR.

Ikmalrudin berkata, semua pengundi diwajibkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19, iaitu memakai pelitup muka, menggunakan pensanitasi tangan, merekodkan kehadiran dan mengamalkan penjarakan sosial.

Menurutnya, pensanitasi tangan akan disediakan di empat stesen dalam pusat mengundi yang perlu digunakan mereka, iaitu pintu masuk pusat mengundi, pintu masuk saluran, dalam saluran (selepas mencelup jari dengan dakwat) dan sebelum keluar dari pusat.

Petugas pilihan raya, katanya, akan memantau pergerakan pengundi bagi memastikan garis panduan itu dipatuhi sepanjang mereka berada di pusat mengundi.

“SPR sekali lagi menegaskan kepada semua pihak, khususnya pengundi, calon dan petugas yang ingin memasuki pusat mengundi esok supaya tidak memakai baju, topi, pelitup muka atau membawa material mempunyai nama, simbol serta gambar parti atau calon.

“Mereka juga tidak dibenarkan membawa apa-apa bahan kempen dan sebarang ‘tagline’ atau slogan menjurus atau membawa maksud sokongan atau cenderung kepada mana-mana fahaman politik,” katanya.

Beliau berkata, mana-mana pengundi atau individu yang gagal mematuhi undang-undang ditetapkan itu boleh dihalang daripada memasuki pusat mengundi dan dikenakan tindakan.

“SPR berharap semua pihak mematuhi undang-undang, peraturan dan etika PRN Johor bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya, selain tidak menggugat ketenteraman awam.

Mengulas lanjut, Ikmalrudin berkata, pengundi dinasihatkan supaya keluar mengundi mengikut masa digalakkan SPR seperti tercatat pada aplikasi MySPR Semak.

Jelasnya, sekiranya pengundi tidak dapat hadir pada masa itu, mereka boleh keluar mengundi mengikut kelapangan dari jam 8 pagi hingga 6 petang atau waktu diwartakan.

Bagaimanapun, katanya, pengundi dinasihatkan untuk tidak keluar mengundi pada saat akhir.

“SPR juga mengingatkan majikan supaya membenarkan pekerja mengundi esok seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 25(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” katanya. – Getaran, 11 Mac 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 17 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad