web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


1,021 Kertas Undi Pengundi Di Singapura Tiba Di Johor

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2022 4:34PM

Mohd Hafeez A Jaz (kanan) tiba di hentian bas Larkin, membawa kertas undi pos bagi PRN Johor melibatkan pengundi yang menetap dan bekerja di Singapura. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Sebanyak 1,021 kertas undi pos bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor melibatkan pengundi dari negeri ini yang menetap dan bekerja di Singapura, tiba di sini hari ini.

Kertas undi yang diisikan di dalam satu bagasi itu dibawa oleh sukarelawan 1thirdmedia, Mohd Hafeez A Jaz, 36, menaiki pengangkutan awam bas menerusi Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) Darat antara Malaysia-Singapura.

Mohd Hafeez yang membawa bagasi mengandungi kertas undi tersebut, tiba di Terminal Bas Larkin Sentral di sini kira-kira 1.50 tengah hari, selepas memulakan perjalanan dari Woodlands, Singapura pada 12.40 tengah hari.

Sejurus tiba, anak kelahiran Sarawak yang turut menetap serta bekerja di Singapura itu melalui beberapa prosedur operasi standard (SOP) di pintu sempadan, termasuk proses menjalani ujian saringan COVID-19.

Selepas segala proses SOP tanpa sebarang permasalahan selesai, Mohd Hafeez menyerahkan bagasi yang mengandungi kertas undi tersebut kepada sukarelawan Undi18 Mandeep Singh pada pukul 2.15 petang di dalam terminal bas itu.

Ketika ditemui pemberita, Mohd Hafeez berkata tanggungjawab yang diberikan 1thirdmedia untuk membawa kertas undi pos itu tidak dirasakan beban bagi dirinya.

“Saya menganggap ini adalah kerja amal untuk membantu serta memudahkan rakyat Malaysia yang berada di Singapura, menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pos berdaftar,” katanya yang telah tinggal di Bayu Puteri, Permas Jaya di sini sejak kira-kira tujuh tahun lepas.

Mandeep Singh
Mandeep Singh

Sementara itu, Mandeep berkata tugas pasukannya adalah untuk menyerahkan kertas undi pos tersebut kepada setiap Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRN Johor esok, selepas pihaknya selesai menjalankan proses pengiraan serta pengagihan kertas undi pos itu mengikut Dewan Undangan Negeri (DUN).

Selasa lepas, Bernama melaporkan sukarelawan dalam kalangan rakyat Malaysia di bawah naungan 1thirdmedia, berganding bahu mengumpul kertas undi pos tersebut di sekitar Singapura untuk dihantar ke negeri ini.

Menurut sukarelawan Farrah Diyana Mohamad Ali, kira-kira 5,000 kertas undi pos dikumpul, dengan dua penghantaran telah dilaksanakan pada 6 dan 8 Mac lepas dan penghantaran terakhir dibuat pada hari ini.

Untuk tiga hari pertama sejak 1 Mac, SPR dilaporkan telah mengeluarkan sebanyak 36,729 kertas undi pos, kepada yang layak untuk mengundi secara pos pada PRN Johor.

Daripada jumlah itu, sebanyak 7,814 undi pos dikeluarkan bagi kategori Borang 1B iaitu warga Malaysia yang berada di luar negara.

Semua kertas undi pos perlu dikembalikan kepada Pegawai Pengurus Dewan Undangan Negeri berkaitan, sebelum 5 petang pada hari pengundian yang akan berlangsung Sabtu ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

2

Politik 4 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

3

Politik 4 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

4

Politik 4 tahun yang lalu

Siapa Menteri Besar Johor?

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 4 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad