web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN Johor, MUDA Garis 5 Teras Utama

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2022 8:13PM

Enam daripada tujuh calon MUDA yang bertanding pada PRN Johor, hadir pada majlis Pelancaran Tekad MUDA di Pejabat Khidmat MUDA, DUN Puteri Wangsa, Johor Bahru, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Lima teras utama digariskan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), jika calon mereka diberi mandat sebagai wakil rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

Melalui 'Tekad MUDA' itu, ia menjadi agenda parti berkenaan ke arah membentuk Johor yang baharu.

Ia terdiri daripada kepimpinan bertenaga dan pantas, mengamalkan demokrasi pro rakyat, membela golongan pertengahan, merapatkan jurang kelas masyarakat serta kemajuan ekonomi untuk semua.

Menerangkan tekad yang pertama, Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, MUDA melahirkan pemimpin yang fokus kepada masalah rakyat serta berkhidmat siang dan malam bagi menyelesaikan masalah setempat.

"Dalam tempoh masa yang singkat MUDA berjaya membantu puluhan ribu rakyat Malaysia melalui pelbagai jenis inisiatif atau pun dana, walaupun parti kita pada peringkat  itu (masih belum) berdaftar.

"Kerana itu, ini bukan perkara baharu kerana kita fokus kepada masalah rakyat, fokus berkhidmat, kita fokus kepada sukarelawan kita yang bekerja pagi dan malam menyelesaikan masalah rakyat. Dalam bab ini, MUDA ingin fokus untuk mengadakan kepimpinan bertenaga dan pantas yang prihatin rakyat," katanya.

Beliau yang berada di Kuala Lumpur berkata demikian secara maya ketika Pelancaran Tekad MUDA di Pejabat Khidmat MUDA DUN Puteri Wangsa di sini, hari ini.

Turut hadir, semua MUDA pada PRN Johor, Amira Aisya Abd Aziz (DUN Puteri Wangsa), Azrol Ab Rahani (DUN Bukit Permai), Rasid Abu Bakar (DUN Larkin), Sangaran Rawisandiran (DUN Machap), Afiqah Zulkifli (DUN Bukit Kepong) dan Fikri Musa (DUN Parit Raja).

Sementara itu, Amira Aisya yang menghuraikan tekad kedua iaitu mengamalkan demokrasi pro rakyat berkata, MUDA akan menubuhkan Majlis Rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili MUDA bagi mendengar suara rakyat dan melibatkan mereka dalam membentuk segala dasar negeri.

"Saya harap dengan adanya Majlis Rakyat ini, kita mempunyai penglibatan yang lebih tinggi dengan orang awam di dalam sistem bagi mencantikkan dan mendasarkan dasar dalam negeri ini," jelasnya.

Pada PRN Johor, MUDA bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan parti itu meletakkan calon di tujuh kerusi DUN.

Antara perkara lain yang digariskan dalam Tekad MUDA adalah, menyediakan lebih banyak rumah mampu milik, memberikan pendidikan berkualiti buat semua dan mewujudkan skim jaminan pekerjaan. - Getaran, 7 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

2

Politik 4 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

3

Politik 4 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

4

Politik 4 tahun yang lalu

Siapa Menteri Besar Johor?

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad