web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Didakwa Ceroboh Bangunan, Calon MUDA Diuji Lagi

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 Mar 2022 9:53PM

Bangunan milik PIJ Holdings yang disewa MUDA untuk dijadikan bilik gerakan parti itu bagi DUN Larkin.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) didakwa menceroboh bangunan milik PIJ Holdings Sdn Bhd untuk dijadikan bilik gerakan parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Dakwaan itu tertera dalam satu laporan polis dibuat terhadap calon MUDA bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin, semalam.

Rasid menunjukkan perjanjian sewa bangunan milik PIJ Holdings Sdn Bhd.
Rasid menunjukkan perjanjian sewa bangunan milik PIJ Holdings Sdn Bhd.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan MUDA, Rasid Abu Bakar menafikan perkara terbabit, sebaliknya memaklumkan pihaknya mempunyai perjanjian bertulis untuk menyewa premis berkenaan selama setahun.

Katanya, jika timbul sebarang pertikaian, ia adalah antara PIJ Holdings Sdn Bhd dengan individu yang menyewakan lokasi terbabit kepada mereka.

“Saya dengan sekeras-kerasnya menafikan dakwaan kami menceroboh bangunan ini untuk dijadikan pusat operasi dan bilik gerakan MUDA bagi DUN Larkin, tiada mana-mana tingkap atau pintu dipecahkan pun. Sebaliknya kami mempunyai perjanjian bertulis bersama penyewa ruangan ini untuk setahun dan kami juga sudah maklumkan ia akan digunakan sebagai pusat operasi parti politik, iaitu MUDA.

“Jadi, tidak timbul isu kami menceroboh bangunan ini, apatah kami sudah memulakan operasi di sini sejak 26 Februari lalu, iaitu pada hari penamaan calon, mengapa hanya baru sekarang tuduhan ini timbul,” soalnya pada sidang media di premis berkenaan di sini, hari ini.

Terdahulu, tular satu laporan polis mendakwa MUDA bertindak menceroboh bangunan milik PIJ Holdings Sdn Bhd untuk tujuan politik sedangkan bangunan berkenaan dibangunkan sebagai inkubator untuk membantu usahawan muda memulakan perniagaan mereka.

Rasid berkata, pihaknya melihat tuduhan dan laporan polis itu sebagai tindakan politik tidak sihat yang dilakukan pihak lawan dipercayai Barisan Nasional (BN).

“Saya difahamkan ada satu rakaman audio membabitkan pembantu calon BN di sini (DUN Larkin) yang mengarahkan supaya satu laporan polis dibuat berhubung pengoperasian kami di bangunan ini.

“Saya tidak tahu apa tujuan mereka berbuat demikian, jika benar ini adalah salah mengapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan sebelum ini, sudah seminggu kami beroperasi dengan kehadiran pegawai polis dan agensi kerajaan lain, tidak timbul sebarang isu sebelum ini,” katanya.

Namun, Rasid memaklumkan jika benar mereka melakukan kesalahan, pihaknya meminta supaya agensi berwajib mengeluarkan arahan bertulis mengikut prosedur undang-undang sedia ada.

Sebelum ini, MUDA melahirkan kekecewaan dan mendakwa menerima layanan dua darjat apabila ceramah diadakan parti terbabit dengan permit sah di pekarangan bilik gerakannya pada Selasa lalu, dihalang petugas agensi kerajaan daripada diteruskan atas alasan ia dikira sebagai di luar premis.

Dalam insiden lain, calon MUDA pernah dikenakan kompaun RM1,000 kerana melagakan penumbuk (fist bump) antara ahli parti sewaktu penamanan calon. – Getaran, 4 Mac 2022
 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Luar Negara 16 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 16 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC