web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PN Perjuang Hak Milikan Tanah Kekal Untuk Peneroka FELDA

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2022 2:14PM

Mohd Solihan Badri (tengah) beramah mesra dengan penduduk di Warong Hamid di Muar, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Perikatan Nasional (PN) akan memperjuangkan agar setiap peneroka FELDA diberi hak milik kekal tanah yang ketika ini berstatus pajakan 99 tahun dengan berbaki kira-kira 30 tahun.

Ketua Penerangan PN Negeri Johor, Mohd Solihan Badri berkata, pemberian hak milik kekal kepada 112,635 peneroka itu sebagai penghargaan terhadap pengorbanan mereka yang menyumbang terhadap sektor komoditi eksport utama negara sejak tanah rancangan pertama diwujudkan pada tahun 1958. 

Menurut beliau, partinya melihat langkah tersebut juga akan menokok keluasan tanah milik tetap mereka di samping kepentingan aset itu akan terjaga dan boleh dilindungi dengan lebih baik jika dikategorikan sebagai tanah rezab Melayu.

“Apabila PN dapat menubuhkan kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini, kami akan perjuang supaya proses menyerahkan hak milik tersebut kepada peneroka atau waris mereka dilakukan segera memandangkan banyak kawasan tanah FELDA kini tempoh pajakannya sudah melebihi 60 tahun.

“Malah, untuk menjamin ia boleh disegerakan, kami akan berunding dengan kerajaan Persekutuan untuk mencari jalan bagi membantu peneroka melunaskan baki premium tanah masing-masing supaya proses memindahkan geran hak milik kepada hak milik kekal boleh dilakukan segera,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Solihan menegaskan, komitmen PN berhubung pemberian hak milik kekal tanah yang diusahakan peneroka FELDA bukan omong-omong kosong.

“Buktinya, kerajaan PN yang diterajui mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tahun lalu bersetuju melupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8.3 bilion. 

“RM400 juta turut diperuntukkan bagi membantu peneroka menghapuskan faedah hutang kebun peneroka dan penerbitan sukuk yang dijamin oleh kerajaan berjumlah RM9.9 bilion bagi menyusun semula operasi serta pengurusan FELDA,” katanya. 

Lantaran itu, sekiranya mahu perkara berkenaan direalisasikan, Mohd Solihan berkata, rakyat Johor khususnya peneroka FELDA perlu memenangkan calon PN dan melayakkan gabungan terbabit menerajui kerajaan negeri. 

Beliau yang juga calon PN Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memaklumkan, pihaknya akan segera memulakan tugas dengan melaksanakan Ikrar PN untuk kepentingan, keprihatinan dan kemakmuran rakyat Johor menerusi lapan tunjang utama.

“Ini termasuk strategi mensejahterakan komuniti FELDA di Johor yang turut melibatkan rundingan dengan kerajaan Persekutuan. FELDA tertakluk kepada Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1967 dan akta ini perlu disemak dan dikaji semula.

“Ini khususnya bagi melonggarkan atau mengenepikan halangan untuk sebarang urusan berkaitan tanah itu termasuk jual beli, pindah milik, gadaian, sewaan, hibah dan wasiat melainkan mendapat kebenaran bertulis daripada FELDA,” katanya. 

Bagaimanapun, Mohd Solihan berkata, pihaknya difahamkan setakat ini tiada kelulusan berkaitan semua urusan itu pernah dibenarkan Felda.

“Untuk rekod, keluasan tanah FELDA adalah 351,000 hektar membabitkan 112,635 peneroka yang mendiami 317 tanah rancangan itu di seluruh negara. Di Johor, 35 kawasan FELDA terletak dalam FELDA Wilayah Segamat, manakala 44 dalam FELDA Wilayah Johor Bahru.

“Justeru, PN mahu memperjuangkan perkara ini khususnya pindaan dan penambahbaikan kepada GSA kerana ia soal yang membabitkan pewarisan harta pusaka peneroka FELDA supaya dapat diwarisi generasi seterusnya, seiring jasa serta kegigihan selama ini mengusahakan tanah tersebut,” katanya. - Getaran, 4 Mac 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

2

Politik 4 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

3

Politik 4 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

4

Politik 4 tahun yang lalu

Siapa Menteri Besar Johor?

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 16 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 7 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad