web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sampai Bila Perumahan Generasi Kedua Felda Mahu 'Diperam'?

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2022 9:02AM

Pintu gerbang ke Felda Sri Jaya Bukit Serampang, Johor. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANGKAK - Penduduk generasi kedua peneroka Felda Sri Jaya Bukit Serampang di sini, merayu agar projek pembinaan perumahan bagi golongan terbabit dapat disiapkan dengan segera.

Ketua kampung Felda Sri Jaya Bukit Serampang, Abd Ghani Abd Molok berkata, masalah tersebut telah berlarutan sehingga hari ini sejak pentadbiran kerajaan negeri Johor berada di bawah pentadbiran mantan Menteri Besar, Allahyarham Datuk Osman Sapian.

Menurut beliau, status projek pembinaan 157 unit perumahan terbabit mencetuskan tanda tanya apabila ia masih belum diusahakan sehingga sekarang.

"Setakat ini, bagi fasa pertama, sebanyak 101 unit rumah telah diterima oleh generasi kedua di sini 10 tahun lalu. Bagi fasa kedua, yang sudah diluluskan 157 unit, namun kita tak nampak apa-apa setakat ini. 

“Oleh itu, penduduk generasi kedua di sini tertanya-tanya apa status projek ini sekarang," katanya ketika ditemui Getaran di Felda Sri Jaya, hari ini. 

Abd Ghani Molok
Abd Ghani Molok

Justeru, Abd Ghani menggesa isu ini menjadi keutamaan kepada pentadbiran kerajaan baharu yang akan dilantik selepas berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

"Isu ini sudah berlanjutan terlalu lama dan perlu dilaksanakan segera kerana masih ramai peneroka generasi kedua yang amat memerlukan rumah sendiri. 

"Ini harapan kami kepada pemimpin yang akan menjadi pentadbir kepada kerajaan baharu Johor. Kita harap wakil rakyat dapat melaksanakan apa yang kita tuntut," katanya.

Abdullah Semani
Abdullah Semani

Seorang peneroka generasi kedua, Abdullah Semani, 67, berkata, tapak untuk pembinaan kawasan perumahan fasa kedua itu telah lama disediakan dan digazet.

Bagaimanapun, beliau berkata, status projek tersebut difahamkan ‘tergantung’ selepas tampuk pemerintahan negara berubah beberapa kali.

"Isu perumahan ini sebenarnya diurus baik ketika zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN), namun sekarang tergantung begitu sahaja bila (BN) kalah.

"Kita nak buat macam mana, kerajaan Johor sebelum ini sangat tidak stabil sehingga ada tiga Menteri Besar Johor sebelum berakhir penggal. Macam mana nak selesai, baru nak diuruskan dah pun tumbang. 

Jadi saya harapkan kerajaan baharu selepas ini serius untuk menyelesaikan isu perumahan Felda yang sememangnya diperlukan oleh peneroka generasi kedua," katanya. 

Yamin Tawin
Yamin Tawin

Perkara tersebut turut diakui oleh seorang lagi peneroka generasi kedua, Yamin Tawin, 64, yang menegaskan, pemimpin perlu komited untuk menyelesaikan permasalahan tersebut demi kesejahteraan dan kualiti hidup penduduk Felda. 

Jika masih dipandang sepi, menurut beliau, lebih ramai penduduk, khususnya anak muda akan berhijrah ke luar demi mencari tempat tinggal selesa buat keluarga mereka. 

"Bayangkan satu rumah duduk sehingga dua tiga keluarga. Sangat tidak selesa, sebab itu peneroka di sini khususnya generasi kedua sangat memerlukan rumah untuk mereka tinggal. 

"Benda ini sudah terlalu lama bercelaru dan sangat berharap agar mereka yang dipilih oleh rakyat nanti jalankan tanggungjawab mereka menyelesaikan projek perumahan generasi kedua Felda," katanya. - Getaran, 3 Mac 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

2

Politik 4 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

3

Politik 4 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

4

Politik 4 tahun yang lalu

Siapa Menteri Besar Johor?

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran

Politik 11 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad