web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Najib Macam Calon MB Johor - DAP

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2022 9:43PM

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kehadiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disambut sinis DAP negeri itu, yang menyifatkan beliau seolah-olah calon Menteri Besar.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata, adalah lebih Najib datang ke Johor setiap hari jika Barisan Nasional (BN) mahu bermodalkan Ahli Parlimen Pekan itu bagi meraih undi.

“Saya rasa kalau saya Datuk Seri Hasni (Menteri Besar Johor), saya memang tidak halang beliau (Najib) datang ke Johor, tetapi nampaknya sejak beberapa hari lalu, Datuk Seri Najib berkempen semacam beliaulah calon Menteri Besar Johor.

“Kalau saya pandang dari pihak sana, sebenarnya lebih baik beliau (Najib) datang setiap hari, merantau dan berkempen,” katanya, sinis.

Beliau berkata demikian ketika sidang media semua calon DAP bagi PRN Johor di Bilik Gerakan Utama DAP di sini, hari ini

Chin Tong memberikan reaksi itu selepas ditanya mengenai kenyataan Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang membayangkan DAP bakal ditolak pengundi Cina.

Nur Jazlan sebelum ini dilaporkan berkata, peluang Chin Tong memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling yang ditandingi pada PRN Johor kali ini tipis atas faktor beliau adalah calon pengembara.

Menurut beliau, kehadiran Najib selaku Pengerusi Lembaga Penasihat BN ke DUN Perling sebelum ini turut memberi impak positif terhadap kemenangan calon BN.

Sementara itu, Chin Tong berkata, DAP bersama gabungan Pakatan Harapan (PH) akan turut melancarkan manifesto seperti BN dan Perikatan Nasional (PN) dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, tarikh pelancarannya akan dimaklumkan kelak.

“Kita juga tak akan guna nama manifesto dan kita akan maklum kemudian bila akan dilancarkan,” jelasnya. - Getaran, 2 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

3

Kolum 7 bulan yang lalu

Najib Razak: Segalanya Telah Berakhir

4

Politik 7 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad