web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN Johor: Pengaruh Muhyiddin Buat Pengundi Berbelah Bahagi

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2022 6:51PM

Muhyiddin Yassin - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Johor merupakan negeri kelahiran UMNO dan kubu kuat Barisan Nasional (BN), sebelum pencapaian itu diranapkan oleh Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Kemenangan itu sedikit sebanyak diperoleh kerana pengaruh mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sangat dekat di hati rakyat Johor, khususnya di Muar, Segamat dan Batu Pahat.

Muhyiddin yang menjadi Ahli Parlimen Pagoh sejak 1978 telah membuktikan beliau amat disayangi pengundi setempat sehingga dipilih tanpa gagal sejak lapan penggal lalu.

Lantaran itu, Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal berlangsung, 12 Mac ini bakal menguji apakah populariti Presiden BERSATU itu masih mampu menyekat pengaruh UMNO di kawasan Muar.

Tinjauan Getaran di sekitar daerah ini mendapati, majoriti pengundi berbelah bahagi untuk menukar kerajaan pemerintah, disebabkan keperibadian Muhyiddin yang sederhana serta tidak kekok bergaul dengan segenap lapisan masyarakat di situ.

Pesara kerajaan, Muis Kupar, 65, menegaskan Muhyiddin merupakan figura yang amat dikenali dan sukar untuk parti lain menandingi Perikatan Nasional (PN) disebabkan pengaruh yang dimilikinya.

Muis Kupar
Muis Kupar

Menurut beliau, dasar yang dibawa Muhyiddin semasa memerangi COVID-19 ketika menjadi perdana menteri menjadikannya lebih popular berbanding pemimpin lain.

“Pengundi melihat Muhyiddin tidak mempunyai isu. Semasa menjadi perdana menteri, banyak perkara dia selesaikan, terutama dari segi kebajikan. Pada masa sama, beliau memiliki sifat merendah diri seperti ayahnya, Tuan Guru Muhammad Yassin.

“Saya yakin memang agak payah calon lain nak menggugat kekuatan yang ada pada Muhyiddin, sehingga orang mempercayai partinya. Saya yakin sukar untuk pengundi di sini memilih pemimpin mana mereka mahukan.  Adakah rakyat mahu kembali semula di zaman BN atau PN? Semuanya terpulang pada prinsip masing-masing siapa mereka mahukan tapi saya berpendapat persaingan sangat sengit,” katanya ketika ditemui Getaran, hari ini.

Pemandu teksi, Said Talib, 73, berkata, personaliti dan keperibadian yang dimiliki Pengerusi PN itu disifatkan sebagai kelebihan yang dimiliki Muhyiddin.

Anak jati Muar itu menegaskan, aura tenang dibawa Muhyiddin walaupun berdepan pelbagai ranjau dalam arena politik sangat memberi inspirasi kepada rakyat di sekitar daerah ini, khasnya Pagoh.

Said Talib
Said Talib

“Orangnya (Muhyiddin) sangat bagus kerana itulah dia disegani oleh rakyat. Muhyiddin dan isterinya memang orang sini. Berdasarkan pandangan saya, sifatnya lembut bila bercakap dan suka ambil berat masalah yang dihadapi oleh masyarakat setempat.

“Muhyiddin pun dulu BN namun kita pun faham sangat politik mengapa benda itu terjadi. Memang kalau boleh orang di sini mahukan BN memerintah semula namun mereka masih sayangkan Muhyiddin kerana keperibadiannya,” katanya.

Sementara itu, peniaga, Hairi Iskandar Tahir, 43, optimis PN kekal menerima sokongan kerana sikap dan kualiti kepimpinan dimiliki Mahyuddin.

Hairi Iskandar Tahir
Hairi Iskandar Tahir

“Kita tahu ketika dia menjadi Perdana Menteri, dia sangat komited untuk menyelesaikan masalah pandemik COVID-19 dan berterusan memberi bantuan kepada rakyat yang memerlukan, namun politik sekali lagi menjatuhkan Muhyiddin.

“Kalau ahli politik mungkin ada yang tidak suka dia namun rakyat di sini majoriti menyokong beliau. Saya tidak menolak PRN Johor kali ini agar sukar untuk orang memilih antara PN dan paling saya rasa mampu memberi saingan adalah BN,” katanya. - Getaran, 1 Mac 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

3

Politik 2 tahun yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad