web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pertukaran Calon Selepas Penamaan Perkara Biasa - Hasni

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2022 4:53PM

Hasni ketika berucap pada Majlis Kepimpinan Pusat Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Wilayah Johor 2022.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULAI - Pertukaran calon bertanding pada pilihan raya sepatutnya tidak dijadikan isu kerana ia perkara biasa yang berlaku.

Antara lain, ia dibuat selepas melihat kesesuaian calon yang diletakkan mengikut kriteria dan komponen utama bagi meraih kemenangan, khususnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac nanti.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad berkata, pertukaran calon pada saat akhir selepas pengumuman dibuat tidak bererti individu terbabit ditolak atau tidak layak bertanding mewakili parti.

“Ia (pertukaran calon) bukan bererti perubahan itu adalah kaedah atau kerana calon berkenaan tidak sesuai, bukan begitu.

“Ini adalah kerana kita mahu menggunakan pendekatan penyertaan wanita dan orang muda yang sewajarnya, selain meletakkan kelulusan akademik sebagai komponen penting (pemilihan calon),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Majlis Kepimpinan Pusat Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Wilayah Johor 2022 di Senai, hari ini.

Sebelum ini, UMNO dilaporkan mengumumkan pertukaran calon selepas pengumuman dibuat, yang menyaksikan perubahan calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Balang dan Tanjung Surat.

Pertukaran tersebut membabitkan calon awal DUN Tanjung Surat, Datuk Syed Sis Abd Rahman yang digantikan dengan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pengerang, Aznan Tamin.

Mohd Helmi Abd Latif di DUN Sungai Balang digantikan kepada Selamat Takin.

Mengulas lanjut, Hasni yang juga Pengerusi UMNO Johor berkata, pertukaran calon itu adalah perkara biasa malah turut dilakukan oleh rakan dalam komponen BN.

“Pertukaran saat akhir itu dibuat atas semangat BN, kita lihat parti seperti MCA turut mengubah senarainya dan MIC juga berbuat demikian.

“Sudah tentu UMNO perlu membuat penyesuaian apabila kita mahu memuktamadkan pengagihan kerusi dalam BN,” katanya.

Pada masa sama, ketika ditanya mengenai terdapatnya penolakan sokongan daripada jentera selepas proses penamaan calon selesai, Hasni hanya memaklumkan bahawa jentera parti masih belum bergerak dengan sepenuhnya.

“Saya tidak nafikan bahawa jentera BN masih belum 100 peratus beroperasi dan pengalaman mengajar kita bahawa jentera di sepanjang tempoh kempen ini sentiasa menggunakan kaedah mendekati pengundi secara berperingkat.

“Kita membuat kajian di lapangan untuk menambah baik lagi pendekatan jentera BN dari semasa ke semasa,” katanya. - Getaran, 28 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

2

Politik 2 tahun yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

4

Politik 2 tahun yang lalu

Peneroka FELDA Harap PRK Ubah 'Nasib' Fasiliti, Infrastruktur Uzur

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad

Sukan 12 jam yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

oleh Sophia Ahmad