web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pertembungan Banyak Penjuru Bukti Demokrasi Subur, Cetus Risiko Tiada Majoriti

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2022 9:00AM

Deretan bendera parti bertanding mula memenuhi kawasan sekitar Simpang Renggam bagi PRN Johor ke-15 ketika tinjauan pada 26 Februari. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang diadakan semalam, berjalan lancar tanpa insiden tidak diingini seperti tindakan yang menganggu ketenteraman awam atau ‘perang mulut’.

Biarpun kehadiran calon hanya ditemani pencadang atau ahli keluarga susulan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak membenarkan penyokong atau parti politik berkumpul dan berarak di mana-mana tempat sepanjang tempoh itu, mereka tetap bersemangat serta ceria memasuki Pusat Penamaan Calon (PPC).

Namun, pengumuman SPR untuk pengesahan nama calon yang bakal bertanding pada PRN ternyata menarik perhatian, apabila beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) memperlihatkan pertemuan pelbagai penjuru.

Antara DUN itu adalah Kempas dan Tiram yang masing-masing menyaksikan pertembungan tujuh calon, termasuk Bebas, manakala DUN Larkin ditandingi enam penjuru.

Di sebalik senario itu, Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, ia menunjukkan calon dan parti politik memberi perhatian meluas kepada PRN Johor yang sememangnya dilihat penting kepada negara.

Dr Mazlan Ali
Dr Mazlan Ali

Katanya, keputusan PRN Johor juga berkemungkinan akan dijadikan penanda aras untuk parti politik melihat kemampuan dan prestasi masing-masing bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Kepentingan ini membuatkan mereka tidak melepaskan peluang untuk masuk bertanding sampai menyaksikan ada kawasan bertemu enam dan tujuh penjuru,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Mazlan berkata, persaingan penjuru yang banyak itu akan memberikan kesan baik dan buruk bukan sahaja kepada parti, malah kerajaan bakal ditubuhkan.

“Dari segi kesan baik, menunjukkan demokrasi subur dan ada minat penyertaan dalam kalangan peserta politik ini. Kesan buruk pula adalah apabila terlalu ramai dan banyak sangat calon serta parti, terjadi pecah undi. Maksudnya kita sebenarnya nak memilih sebuah parti stabil yang mampu mewujudkan kerajaan stabil.

“Tetapi kalau banyak sangat parti politik, akhirnya banyak pula parti yang berperanan nanti, ada tawar menawar pula dan kerajaan mungkin jadi lemah,” katanya.

Ditanya mengenai parti mana bakal memperoleh kelebihan untuk meraih undi majoriti daripada situasi banyak penjuru itu, Mazlan berkata sekiranya dinilai berdasarkan pengundi tradisional, Barisan Nasional (BN) memiliki kekuatan.

Menurutnya, secara asas, BN mempunyai akar umbi yang kukuh memandangkan ia sebuah parti lama, justeru sukar untuk calon lawan mengambil alih kedudukannya dan mereka terpaksa bergantung kepada pengundi atas pagar atau baharu untuk meraih undi.

Beliau berkata, teori pihak tertentu yang mengatakan UMNO sebagai parti komponen BN memiliki kelebihan mendapatkan undi apabila semakin banyak parti bertanding di Johor sememangnya benar.

“Atas kertas kita tengok tiga parti akan dapat sambutan rakyat, iaitu BN, PH dan PN. Parti lain macam MUDA mungkin boleh memenangi beberapa kerusi sebab dia bertanding dengan perkongsian bersama Parti Amanah Negara (AMANAH), PKR dan DAP, tetapi parti lain yang masuk bertanding secara solo macam PEJUANG susahlah, sekadar dapat undi boleh lah tetapi untuk menang sukar.

“Apa pun bagi mendapatkan undi lebih banyak, calon perlu berusaha menarik pengundi atas pagar kerana jika mahu merebut pengundi sedia ada sesuatu parti yang sudah stabil, payah dah untuk berkempen sebab mereka ini sudah membuat keputusan siapa akan dipilih,” katanya.

Mengulas isu sama, Penganalisis Politik dan Media Sosial, Profesor Madya Dr Sara Chinnasamy berkata, situasi persaingan banyak kerusi di sesuatu DUN sudah tentu menyebabkan berlakunya perpecahan undi, sekali gus boleh menyaksikan ketiadaan kemenangan majoriti di Johor.

Profesor Madya Dr Sara Chinnasamy
Profesor Madya Dr Sara Chinnasamy

Jelasnya, ketiadaan majoriti itu juga boleh menyumbang kepada penubuhan sebuah kerajaan negeri campuran yang pastinya memberikan impak terhadap pentadbiran.

Sara berkata, bukan mudah sebuah kerajaan campuran mewujudkan persetujuan dasar untuk penambahbaikan negeri berkenaan.

“Tetapi saya melihat kemampuan calon atau parti untuk meraih kelebihan daripada persaingan banyak penjuru ini adalah lebih bergantung kepada faktor calon itu sendiri, termasuk sejauh mana beliau dikenali ramai, lokaliti dan penglibatannya dalam pembangunan komuniti di kawasan berkenaan.

“Persoalan penempatan calon juga diambil kira, sejauh mana beliau turun padang. Pengundi harus menilai beliau sekiranya hanya datang untuk meraih undi tetapi lepas itu tidak ada dan ‘hilang’,” katanya.

Ditanya mengenai keputusan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang nekad meletakkan calon di Larkin, Sara berpendapat tindakan itu tidak lebih daripada mencuba nasib.

“Masing-masing (PKR dan MUDA) nak ‘test market’ atas tiket persendirian. Namun ini bergantung kepada agenda dan hala tuju setiap parti,” katanya. - Getaran, 27 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

2

Politik 4 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

3

Politik 4 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

4

Politik 4 tahun yang lalu

Siapa Menteri Besar Johor?

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad