web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Amira Aisya Berdepan Cabaran 6 Penjuru Di Puteri Wangsa

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2022 1:00PM

Amira Aisya Abd Aziz

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Calon MUDA, Amira Aisya Abd Aziz berdepan pertembungan enam penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa.

Muka baharu yang diketengahkan MUDA itu akan ditentang sengit calon Barisan Nasional (BN), Ng Yew Aik dan juga Loh Kah Yang dari Perikatan Nasional (PN) yang mewakili BERSATU.

Turut bertanding di kerusi tersebut ialah Dr Khairil Anwar Razali dari PEJUANG, calon Parti Bangsa Malaysia (PBM), Steven Choong Shiau Yoon dan Adzrin Adam sebagai calon Bebas.

Terdahulu, Amira Aisya meluahkan rasa gemuruh sebaik tiba di pusat penamaan calon (PPC) di Dewan Raya Taman Pelangi Indah dekat Ulu Tiram, Johor Bahru pada jam 8.05 pagi tadi.

Sebaik sahaja selesai proses penamaan, beliau menarik nafas lega apabila segalanya berjalan dengan lancar.

"Alhamdulillah saya sah menjadi calon untuk DUN Puteri Wangsa. Saya nombor enam. Saya orang pertama sampai tadi, tapi cabutan nombor dapat yang terakhir.

“Tapi senang saya nak jelaskan kepada rakyat, boleh undi nombor terakhir dalam kertas undi nanti iaitu nombor enam,” katanya menerusi satu video yang dikongsinya di Twitter.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kerusi DUN Puteri Wangsa dimenangi calon Pakatan Harapan daripada BERSATU, Mazlan Buang, dengan majoriti 24,959 dalam pertandingan lima penjuru.

Bagaimanapun, Mazlan yang juga bekas Pengerusi BERSATU Johor, mengumumkan pengunduran daripada parti berkenaan 27 Januari lalu.

Katanya keputusan itu dilakukan atas alasan tidak lagi percaya kepada kepimpinan Presiden BERSATU yang juga bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berdasarkan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 2.576 juta pengundi biasa daripada keseluruhan 2.599 juta pengundi berdaftar layak mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan berlangsung, 12 Mac ini.

Jumlah pengundi di Johor mencatatkan peningkatan kira-kira 28 peratus berbanding hanya 1.8 juta pengundi pada PRU-14 dengan penambahan 749,731 pengundi berusia 18 tahun ke atas, susulan pendaftaran automatik Undi18. - Getaran, 26 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

2

Politik 4 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

3

Politik 4 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

4

Politik 4 tahun yang lalu

Siapa Menteri Besar Johor?

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

RCI TH: ‘Jika Mereka Tak Bersalah, Pertahankan; Jika Bersalah, Sila Dakwa’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran