web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Masalah Kerjasama Dengan MUDA - PKR Johor

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2022 8:37PM

Syed Ibrahim (empat dari kiri) menunjukkan Baju T-shirt Tolak Korupsi yang dilancarkan PKR.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - PKR menegaskan bahawa mereka tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) walaupun selepas gagal dalam rundingan agihan kerusi membabitkan kedua-dua parti itu, sebelum ini.

Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, apa yang berlaku tidak menjejaskan fokus kedua-dua pihak untuk bekerjasama menentang Barisan Nasional (BN) dan juga Perikatan Nasional (PN).

Menurut beliau, pihaknya bagaimanapun berharap MUDA akan memahami kepentingan blok pembangkang untuk bekerjasama dan tidak meletakkan calon di kerusi ditandingi PKR.

“Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini, pembangkang perlu bekerjasama jadi walaupun tiada perkongsian kerusi antara PKR dan MUDA, saya sudah tegaskan keperluan kerjasama untuk capai kemenangan.

“Ini kerana musuh utama kita adalah UMNO, BN dan juga PN,” katanya ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran Baju T-shirt Tolak Korupsi di Bilik Gerakan Utama PKR Johor di sini, hari ini.

Menurut Syed Ibrahim, pihaknya bagaimanapun tidak dapat memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku pertindihan kerusi antara PKR dan MUDA dalam pilihan raya itu nanti.

“Soal pertindihan kerusi saya tidak dapat beri jaminan, kerana perkara itu terpulang kepada MUDA, tetapi saya harap kerjasama ini akan dihormati.

“Saya percaya dalam soal menolak korupsi dan salah guna kuasa, PKR dan MUDA mempunyai pendirian yang sama dan jelas.

“Kita juga akan bekerja keras untuk memastikan kemenangan bukan sahaja calon PKR tetapi semua yang bertanding mewakili Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebelum ini memaklumkan, rundingan agihan kerusi antara MUDA dan PKR gagal apabila PKR bertindak mengumumkan 20 calon bertanding di semua 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diperuntukkan kepada mereka melalui gabungan PH.

Rakan komponen PH iaitu Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP masing-masing bersetuju untuk menyerahkan kerusi kepada calon daripada MUDA. - Getaran, 22 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

2

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kemenangan Ini Amanah Besar, Wakili Suara Ramai’ - Afdlin Shauki

3

Politik 2 tahun yang lalu

2 Timbalan Menteri Dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK KKB: Fahmi Sangkal Dakwaan PKR Tak Bantu Kempen Calon Kerajaan Perpaduan

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad