web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MIC Mahu Kekal 4 Kerusi Tradisi

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2022 4:50PM

Saravanan (depan, kanan) bersama Noh (depan, kiri) ketika melancarkan Kempen Mencarum PERKESO Usahawan TEKUN, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - MIC berhasrat untuk mengekalkan empat kerusi tradisi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, bulan depan.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan berkata, hasrat kekal bertanding pada empat kerusi tersebut sudah disampaikan Presiden parti, Tan Sri SA Vigneswaran.

Beliau berkata, satu pertemuan bersama Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad akan diadakan esok bagi memuktamadkan pembahagian kerusi berkenaan.

“Presiden sudah sampaikan hasrat untuk kita kekalkan empat kerusi yang kita tandingi sebelum ini dan esok, kita akan berjumpa dengan Menteri Besar Johor, untuk kita muktamadkan isu pembahagian kerusi ini.

“Memang kerusi tradisi, tetapi di peringkat BN, kita kongsi kuasa, tolak ansur, kita akan buat pilihan terbaik untuk parti dan negara,” katanya ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran Kempen Mencarum PERKESO Usahawan TEKUN di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar.

Ditanya mengenai permintaan MIC Bahagian Kulai untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu, Saravanan berkata, ia perkara biasa dihadapi menjelang pilihan raya, namun semua keputusan tetap tertakluk kepada pucuk pimpinan BN.

“Ini pilihan raya, semua orang akan minta kerusi, nak jadi calon, nak bertanding, tetapi akhirnya kita akan akur dengan keputusan pucuk pimpinan BN,” jelasnya.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Tapah itu berkata, MIC tidak menghalang pucuk pimpinan BN memberi mana-mana kerusi DUN lain untuk ditandingi parti ‘Friends of BN’.

Namun, katanya, pendirian tegas mereka adalah supaya pucuk pimpinan tidak mengambil kerusi tradisi parti itu dan diberikan kepada pihak lain kerana ia akan mencalar imej MIC.

Pada 30 Januari lalu, Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia (Makkal Sakti), Datuk Seri R S Thanenthiran dilaporkan berkata, pihaknya berharap akan diberikan peluang untuk bertanding dalam PRN Johor.

Jelasnya, Makkal Sakti selaku Friends of BN sudah lama mahu bertanding dalam pilihan raya, malah mereka juga sudah menzahirkan kesetiaan terhadap BN sejak lebih 14 tahun lalu. - Getaran, 22 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Palanivel Meninggal Dunia

2

Politik 2 tahun yang lalu

‘Tahniah Pihak Yang Buat Ugutan, Hasrat Anda Sudah Tertunai’ - T Mohan

3

Politik 2 tahun yang lalu

MIC Janji Bantu Kempen PRK Kuala Kubu - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Hina Agama Hindu: Zamri Vinoth Harus Segera Dihukum - MIC

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad