web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


AMANAH Umum 16 Calon, 8 Muka Baharu

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2022 2:24PM

Mohamad (depan tiga dari kiri) bersama 16 calon AMANAH yang bakal bertanding pada PRN Johor, bulan depan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Parti Amanah Negara (AMANAH), hari ini mengumumkan nama 16 calon yang akan bertanding atas tiket parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bulan depan, termasuk lapan muka baharu.

Empat daripada senarai nama diumumkan itu adalah calon ‘heavyweight’ yang terdiri daripada Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat; Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan dan timbalannya, Dzulkefly Ahmad.

Suhaizan bakal bertanding di kerusi DUN Pulai Sebatang yang terdahulu disandang Ketua Pemuda AMANAH, Muhammad Taqiuddin Cheman.

Manakala Salahuddin, Aminolhuda dan Dzulkefly, masing-masing kekal bertanding di kerusi disandang mereka sebelum ini, iaitu DUN Simpang Jeram, Parit Yaani dan Kota Iskandar.

Nama kesemua calon itu diumumkan pada Majlis Pengumuman Calon AMANAH yang dirasmikan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu.

Lapan calon muka baharu yang akan bertanding buat pertama kali adalah calon paling muda, Mohamad Fakrulradzi Mahmud, 32, yang bertanding di kerusi DUN Endau dan calon tertua parti, Mat Khairi Samsudin, 66, (DUN Sedili).

Enam calon baharu lain adalah Ahmad Daniel Shahrudin (Panti), Rohani Banu Abd Rahman Krishnan (Kahang), Abd Hamid Jamah (Senggarang), Asim Abdullah Ainollotfi (Serum), Elia Nadira Sabudin (Bukit Pasir) dan Norazila Sanip (Penawar).

Mohamad berkata, semua calon diumumkan itu dipilih selepas melepasi tapisan ketat ditetapkan parti dan memiliki kualiti serta integriti tinggi.

“Kita juga mengemukakan empat calon wanita dan tiga lelaki, selain kombinasi calon yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia dengan kekuatan tersendiri dalam menambat hati pengundi,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, walaupun keputusan pemilihan itu sudah tentu tidak disenangi sesetengah ahli parti, beliau berharap mereka dapat menerimanya dengan hati terbuka.

“Saya yakin selepas diumumkan, seluruh jentera dan penyokong akan bekerja keras untuk memastikan calon kita meraih kemenangan,” katanya. - Getaran, 18 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Mahfuz, Dr Hatta Dilantik Naib Presiden AMANAH

2

Politik 2 tahun yang lalu

Pilihan Raya PBT Perlu Beri Situasi Menang-Menang - Mohamad Sabu

3

Politik 2 tahun yang lalu

AMANAH Perlu Pendekatan Baharu Bagi Tangani Strategi PAS

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Jawatan Timbalan Presiden Amanah Ditentukan Disember Ini - Mahfuz

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Sukan 12 jam yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad