web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


WARISAN Sah Bertanding PRN Johor

Politik · Diterbitkan pada 16 Feb 2022 8:06AM

Mohd Shafie ketika berucap pada Majlis Pelancaran Parti WARISAN Johor di sini, malam tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Parti Warisan Sabah (WARISAN) memberi bayangan kemungkinan bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, bulan depan.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mengesahkan penyertaan parti itu pada PRN Johor berkata, beliau seperti hilang keyakinan untuk menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) selepas melihat rakyat menolak gabungan itu pada PRN Sarawak dan Melaka.

Malah, katanya, perkara sama turut dirasai dengan Barisan Nasional (BN) kerana sudah ‘masak’ dengan permainan parti tersebut.

“Kita dah nampak, di PRN Melaka, rakyat tolak PH, di Sarawak juga mereka tolak PH.

“Kita juga ada perbincangan dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), beliau (Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman) datang ke rumah saya, berbincang sehingga tengah malam, tetapi esok beliau cakap lain pula.

“Jadi, mungkin kita bekerjasama dengan rakyat sahaja. Kita akan bertanding, kita bertanding dengan rakyat,” katanya ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran Parti WARISAN Johor dan sambutan Tahun Baharu Cina di sini, malam tadi.

Mohd Shafie (lima dari kanan) ketika melancarkan Parti WARISAN Negeri Johor di sini, malam tadi.
Mohd Shafie (lima dari kanan) ketika melancarkan Parti WARISAN Negeri Johor di sini, malam tadi.

Mohd Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna itu berkata, WARISAN ada menerima tawaran pihak tertentu untuk menjalin kerjasama pada PRN Johor, namun beliau menegaskan keputusan menyertai pilihan raya negeri itu adalah untuk memberi lebih pilihan kepada rakyat.

“Kita memang ada terima banyak tawaran, tetapi untuk apa, kerana kita sudah tahu BN itu macam mana, PH itu bagaimana.

“Mereka bukan pilihan rakyat. Rakyat bosan dengan parti, rakyat bosan dengan ahli politik kerana yang menentukan siapa memerintah itu bukan BN, bukan PH atau Perikatan Nasional (PN), tetapi rakyat yang akan menentukan. Jadi, saya dah beritahu di peringkat awal, WARISAN akan memberi pilihan kepada rakyat untuk memilih,” jelasnya.

Ditanya lanjut mengenai penyertaan WARISAN pada PRN Johor, Mohd Shafie hanya memaklumkan, jumlah kerusi dan calon bertanding akan dimuktamadkan kemudian.

“Kita masih berbincang dan kita akan umumkan kemudian,” katanya. - Getaran, 16 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Beriani Johor, Zapin Akan Dicalon Warisan Tidak Ketara UNESCO

2

TARA 3 tahun yang lalu

'Weaving Raya' Tenunan Dan Anyaman Hiasi Intermark Mall Sempena Aidilfitri

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Pulau Pinang Umum Pengganti Jawatan Datuk Bandar Minggu Depan

4

Politik 3 tahun yang lalu

WARISAN Tidak Bertanding PRN 6 Negeri - Mohd Shafie

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran