web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PN Belum Muktamad Tanding Semua Kerusi DUN 

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2022 9:33PM

Maklumat terperinci mengenai jumlah kerusi yang ditandingi PN pada PRN Johor hanya akan diketahui pada hari pengumuman calon kelak. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) belum memuktamadkan untuk bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Naib Pengerusi PN Johor, Senator Ir Md Nasir Hashim berkata, perkara berkenaan belum diputuskan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin biarpun pengerusi gabungan itu sebelum ini mengumumkan akan bertanding di semua kerusi.

PN Ir Md Nasir Hashim
PN Ir Md Nasir Hashim

Katanya, maklumat terperinci mengenai jumlah kerusi ditandingi akan diumumkan pucuk pimpinan parti ketika membuat pengumuman nama calon nanti.

“Perkara itu belum boleh didedahkan kerana tidak mahu mengganggu strategi parti. Saya sendiri tidak tahu siapa calon akan bertanding.

“Bahkan saya sendiri tidak tahu sama ada saya turut dicalonkan atau sebaliknya pada PRN Johor nanti,” katanya.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac ini sebagai tarikh pengundian PRN Johor.

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, tarikh penamaan calon adalah pada 26 Februari ini, manakala pengundian awal ditetapkan 8 Mac depan.

Jelasnya, SPR menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari bermula 26 Februari hingga jam 11.59 malam pada 11 Mac 2022.

Mengulas lanjut, Md Nasir yang juga Timbalan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor berkata, partinya akan mengumumkan semua nama calon bertanding dalam tempoh terdekat.

“Perincian mengenai pembahagian kerusi serta kerusi yang akan ditandingi masih belum dapat didedahkan sehingga pengumuman dibuat Muhyiddin,” katanya.

Tanpa mendedahkan jumlah kerusi ditandingi BERSATU, Md Nasir menegaskan, pengumuman tersebut turut membabitkan nama calon daripada parti komponen PN.

“Hasil perbincangan dibuat bersama PAS dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), kita sudah mencapai kesepakatan daripada segi pembahagian kerusi akan ditandingi. 

“Pertemuan itu berjalan lancar dan tidak timbul isu perebutan kerusi membabitkan BERSATU dengan mana-mana parti gabungan.

“Senarai nama calon juga sudah lengkap dan dijangka diumumkan secara terperinci oleh Muhyiddin pada minggu ini atau minggu depan,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Md Nasir bertanding di Parlimen Mersing, namun tewas kepada penyandang daripada UMNO, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad yang kemudian menyertai BERSATU. - Getaran, 9 Februari 2022
 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 13 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran