web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Senarai Calon Bertanding, PKR Tunggu SPR Umum Tarikh Penting PRN Johor

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2022 8:48PM

Akmal Nasrullah menyampaikan sumbangan ayam segar kepada penduduk di sekitar Taman Suria. - Gambar oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menunggu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh penting Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum memuktamad dan mengumumkan senarai nama calon yang bakal bertanding.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, cabang dan sayap PKR iaitu Wanita serta AMK bagaimanapun sudah menyerahkan senarai calon masing-masing kepada kepimpinan pusat.

“Ketika ini kita masih lagi tunggu keputusan dibuat SPR kerana banyak khabar angin mengatakan ada negeri lain turut goyang (situasi politik tidak stabil).

“Jadi bagi saya, kita tunggu dahulu SPR tetapkan tarikh penamaan calon dan PRN Johor kemudian baharu kita muktamad bila nak umum senarai calon PKR,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Program Agihan Ayam Segar di Taman Suria di sini, hari ini.

Ketika ditanya sama ada beliau akan turut bertanding dalam PRN Johor, Akmal Nasrullah meminta persoalan itu diajukan terus kepada kepimpinan tertinggi pusat.

Saya hanya buat kerja seperti biasa (bukan berkempen) kerana Parlimen Johor Bahru masih di bawah PKR, jadi ini memang tanggungjawab saya.

“Sama ada nama saya ada dalam senarai calon PKR yang akan bertanding nanti, itu boleh tanya dengan kepimpinan pusat,” jelasnya.

Akmal Nasrullah yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru sebelum ini memberitahu, AMK menyasarkan 30 peratus atau sekurang-kurangnya enam kerusi daripada 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diperuntukkan kepada PKR dalam PRN Johor ini.

“Apa yang penting bukan sahaja meletakkan calon muda yang berpotensi untuk menang, tetapi juga mempunyai kelayakan dan ciri-ciri menjadi wakil rakyat,” katanya. - Getaran, 3 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

PRN Johor: 26.43 Peratus Keluar Mengundi Setakat 11 Pagi - SPR

2

Politik 1 bulan yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

Politik 1 bulan yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad