web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MN Terkubur Tanpa PAS di PRN Johor

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2022 8:47PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Muafakat Nasional (MN) akan berkubur sekiranya UMNO tidak mahu meneruskan kerjasama dengan PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Penganalisis Politik Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, berkata tindakan pemimpin PAS dan UMNO berbalas sindiran secara terbuka boleh menyebabkan masa depan MN semakin gelap.

Katanya, keadaan itu turut dijangka  ‘lenyap’ apabila BERSATU dan PAS bergabung untuk PRN Johor tanpa UMNO seperti di PRN Melaka.

“Malah sebenarnya MN mulai hilang arah apabila PAS menyertai Perikatan Nasional (PN) bersama BERSATU.

“Ini sebenarnya asas permulaan keruntuhan MN yang pernah diusahakan UMNO dan PAS ketika Pakatan Harapan (PH) berkuasa,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Awang Azman berkata, keputusan PAS dan UMNO tidak mahu bekerjasama dalam PRN Melaka pada November lalu, menambah sikap dingin pemimpin UMNO apabila parti itu dilihat selesa untuk bekerjasama dengan BERSATU.

Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi
Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi

“Ini semakin terserlah apabila resolusi muzakarah BERSATU dan PAS terus berikrar untuk bekerjasama dalam PN.

“Sudah pasti ia jelas menunjukkan MN sudah tidak relevan dan hanya tinggal sejarah semata-mata,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Awang Azman berkata, sekiranya UMNO memilih untuk bergerak solo pada PRN Johor, ia secara tidak langsung memberi peluang kepada parti pimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu untuk menentukan hala tuju sendiri tanpa campur tangan parti lain.

Malah, katanya, keadaan itu menyaksikan tiada pertikaian berhubung pengagihan kerusi antara UMNO dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 (PRU-15).

Jelasnya, UMNO juga boleh menguatkan jenteranya di semua kerusi bakal ditandingi pada pilihan raya.

Terdahulu, pada PRN Melaka, PAS membuat keputusan bertanding menggunakan logo PN walaupun UMNO sebelum itu sedia bekerjasama dengan syarat parti pimpinan Tan Sri Abdul Hadi Awang berkenaan menggunakan lambang sendiri.

Mutakhir ini pula menjelang PRN Johor, pemimpin kedua-dua parti saling berbalas kenyataan pedas secara terbuka, antaranya Abdul Hadi melabelkan UMNO seperti ‘itik patah kaki yang selepas sembuh hendak berenang sendiri’. - Getaran, 30 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 4 minggu yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

2

Politik 4 minggu yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

3

Politik 2 bulan yang lalu

Dipecat Daripada BERSATU, 2 ADUN Kedah Masih Kekal Dalam Jawatan - Sanusi

4

Semasa 3 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

RCI TH: ‘Jika Mereka Tak Bersalah, Pertahankan; Jika Bersalah, Sila Dakwa’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad