web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tubuh Parti Baharu, Tindakan Peter Pecah Belahkan Rakyat Sabah - Shafie Apdal

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2021 11:40AM

Mohd Shafie Apdal - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Tindakan bekas Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, Datuk Peter Anthony menubuhkan sebuah parti pelbagai kaum yang bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hanya akan memecah-belahkan rakyat Sabah dan masyarakat di pedalaman.

Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, tindakan Peter untuk menyertai GRS juga bercanggah dengan pendapat beliau bahawa sesebuah negeri patut ditadbir oleh parti politik setempat menurut negeri masing-masing.

Menurut Shafie, berkata GRS terdiri daripada parti nasional iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), UMNO, PAS, MCA, Gerakan, MIC, Kadazandusun-Murut, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan parti tempatan, Parti Progresif Sabah (SAPP).

"GRS diketuai oleh seorang ahli parti nasional iaitu BERSATU, maka keputusan kerajaan GRS ditentukan oleh ketua partinya di peringkat nasional," katanya.

Shafie berkata demikian bagi mengulas tindakan Peter bersama ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim yang meninggalkan WARISAN.

"Tindakan Peter bukanlah satu perkara yang mengejutkan dan saya turut bersimpati kerana Peter telah menyatakan hasrat itu didorong kes mahkamah yang dihadapinya," katanya.

Shafie turut memberitahu, alasan Peter untuk meninggalkan parti kerana WARISAN telah tersasar dari perjuangan asal apabila melebarkan sayap ke Semenanjung adalah tidak benar.

Ini kerana, katanya, pada mesyuarat Majlis Tertinggi dan Perhimpunan Agung Tahunan Parti sebelum ini, seluruh Ahli Mahlis Tertinggi dan ahli parti menyokong penuh langkah itu.

"Keputusan untuk melebarkan WARISAN ke Semenanjung adalah satu langkah untuk menawarkan satu lagi pilihan kepada semua pengundi di Malaysia.

"Jelas pada pilihan raya Melaka dan Sarawak, jumlah rakyat keluar mengundi hanya sekitar 60 peratus dan ini menunjukkan ramai pengundi mahukan pilihan parti yang lebih baik yang mampu membawa perubahan untuk kebaikan negara dan rakyat," katanya.

Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata, WARISAN kekal kukuh dan berpegang kepada nilai-nilai murni yang menjadi asas kepada perjuangan parti untuk membela nasib seluruh rakyat di negara ini, khususnya di Sabah.

Katanya, sebagai sebuah parti yang mewakili pelbagai kaum dan agama, WARISAN tidak mengambil pendirian parokial yang hanya tertumpu kepada satu kaum sahaja.

"Ini adalah hala tuju WARISAN. We are here to build a nation, not a particular race or religion. Marilah kita bersama membina satu negara, tanpa mengira bangsa dan agama.

"Sejak ditubuhkan, WARISAN lantang bersuara memperjuangkan hak-hak Sabah dan Sarawak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 hinggalah pindaan Perlembagaan dilaksanakan baru-baru ini untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu Semenanjung," katanya. - Getaran, 31 Disember 2021

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Sukan 12 jam yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

RCI TH: ‘Jika Mereka Tak Bersalah, Pertahankan; Jika Bersalah, Sila Dakwa’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran