web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mohamaddin Ketapi Tinggalkan WARISAN, Mahu Sokong GRS

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2021 12:49PM

Mohamaddin Ketapi 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Ahli Parlimen Lahad Datu dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi hari ini mengumumkan keputusan beliau untuk meninggalkan Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Keputusan Mohamaddin ini sekali gus membenarkan spekulasi beberapa pemimpin WARISAN yang didakwa akan meninggalkan parti berkenaan.

Mohamaddin dalam satu sidang media berkata, keputusan untuk meninggalkan parti dibuat bagi menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Keputusan ini katanya, diambil demi kemajuan dan pembangunan di kawasan Lahad Datu dan Segama.

"Sepanjang berada di kerusi pembangkang dalam masa lebih setahun ini, tiada sebarang pembangunan yang dapat dibawa ke kawasan parlimen Lahad Datu dan DUN Segama," jelasnya.

Menurut Mohamaddin, beliau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu telah berjanji untuk membawa sebanyak mungkin pembangunan ke kawasan ini.

"Atas dasar itu, keputusan berundur dari WARISAN diambil kerana saya percaya keadaan ini akan berterusan jika terus kekal berada di blok pembangkang," katanya.

Pada sidang sama Mohamaddin turut menjelaskan, beliau memilih untuk kekal bebas tanpa menyokong mana-mana pihak di peringkat Persekutuan.

Beliau turut menafikan wujudnya unsur 'beli' wakil rakyat yang mendorongnya untuk membuat keputusan berkenaan.

Tambah beliau, keputusan berkenaan adalah semata-mata demi membawa kemajuan dan pembangunan ke kawasan DUN Segama dan Lahad Datu.

Pada 8 Oktober lalu, ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob mengumumkan keputusan untuk meninggalkan WARISAN.

Dalam sidang medianya, Dr Yusof turut memberitahu, beberapa Ketua Penerangan Bahagian WARISAN termasuk Lahad Datu juga dijangka meninggalkan parti. - Getaran, 30 Oktober 2021

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad